Friday 18 May 2018

KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEREMBAN TAHUN 2018

14 MEI 2018


PPKI SMK Mambau telah dilantik menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seremban. Kejohanan ini telah berlangsung di Ole Ole Super Bowl Mydin Mall Seremban 2. 

Penyertaan terbahagi kepada kategori junior (murid sekolah rendah) dan kategori senior (murid sekolah menengah). Bagi setiap kategori pula, terbahagi kepada lelaki bermasalah pendengaran (BD), lelaki bermasalah pembelajaran (BP) dan perempuan bermasalah pendengaran (BD) serta perempuan bermasalah pembelajaran (BP).

Secara keseluruhan terdapat 43 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) daerah Seremban telah menghantar penyertaan.

Setiap pemain bermain sebanyak 3 game secara cross lane.

Kejohanan bermula pada pukul 10.00 pagi dan selesai pada pukul 1.30 tengah hari. 

Majlis penutup  disempurnakan oleh Puan Hajah Rodiah Binti Mohd Jan , Pegawai Pendidikan Daerah Seremban.

Alhamdulilah, kejohanan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. 

Tahniah kepada murid-murid yang menang. 

Salah seorang murid PPKI SMK Mambau turut tersenarai sebagai pemenang iaitu Rumithira A/P Veeramany telah mendapat NAIB JOHAN kategori perempuan senior(BP) dengan jatuhan pin sebanyak 375.

Kejohanan berlangsung dengan jayanya. Tahniah buat team PPKI SMK Mambau, yang diketuai oleh En Roslan Bin Ibrahim (PK PPKI), En Azean Bin Abdullah selaku penyelaras kejohanan, Puan Nanthamalar selaku setiausaha kejohanan, Puan Che Haslina selaku bendahari, semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) yang berpadu tenaga melaksanakan kerja-kerja dan tugasan sebelum, semasa dan selepas kejohanan.

" TEAM PPKI SMK MAMBAU MEMANG TERBAIK"...

PEMAIN DARI PPKI SMK MAMBAU IAITU BIRAJ DAN RUMITHIRA








UCAPAN OLEH PUAN HJH RODIAH BINTI MOHD JAN, PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN

TAHNIAH RUMITHIRA KERANA MENDAPAT NAIB JOHAN KATEGORI PEREMPUAN SENIOR (BP)


BERSAMA PK KOKURIKULUM SMK MAMBAU, PN HJH SUHANA BT SABRAN.





Tuesday 8 May 2018

KELAB MUTIARA HATI


Kelab Mutiara Hati membuka tirai 2018 dengan mengadakan perjumpaan pertama pada hari Rabu, 10 Januari 2018. 

Pada hari ini telah diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2018. Semua ahli sebulat suara memilih barisan Ahli Jawatankuasa seperti berikut : -

PENGERUSI  :   Rumitthira a/p Veeramany
NAIB PENGERUSI  :   Seri Rahayu Nor Aishah binti Evendi
SETIAUSAHA  :   Jethro Chan Jian Zhi
Bendahari  :   Muhammad Zul Aizad bin Othman

AJK  :  Ahmad Syazili bin Shahruddin
             Hema Loshini a/p Veeramany
             Muhammad Adli Anis bin Sham
             Biraj a/l Suresh
             Kirthana a/p Sivasanger
             Yumal Raj a/l Letchuman

Sementara itu, Ketua Guru Penasihat ialah Puan Margaret Ann Ratnam dan dibantu oleh Puan Khamisah binti Rajie dan Puan Farawahida binti Radzuan.

Perjumpaan Kelab Mutiara Hati diadakan sebanyak 2 kali sebulan berselang seli dengan unit beruniform Pengakap. Banyak aktiviti yang telah dirancang untuk sesi 2018 ini.





Sesi pemilihan di kelolakan oleh Cikgu Malini.



Aktiviti pertama yang dijalankan oleh kelab ini ialah membuat Perhiasan Serbaguna. 
Bahan-bahan yang diperlukan ialah kertas majalah lama, lidi, gam, gunting, tali. 

Aktiviti ini dapat mendedahkan pelajar bahawa barangan kitar semula dapat digunakan untuk menghasilkan  kraftangan yang menarik.



Cikgu Margaret menunjukkan cara-cara untuk membuat Perhiasan Serbaguna ini .


Kertas majalah lama dipotong sedikit menyerong supaya apabila selesai digulung ia akan membentuk seperti manik kertas.



Kekurangan diri tidak mematahkan semangat untuk mencuba.

Sebiji 'manik kertas 'yang telah berjaya dihasilkan.




'Manik kertas' dicantumkan dan dihias mengikut kreativiti masing-masing.



Cikgu Margaret menunjukkan Perhiasan Serbaguna yang telah siap. Ia boleh dijadikan rantai leher, rantai tangan ataupun hiasan rumah.

 


Satu lagi aktiviti  Kelab Mutiara Hati ialah aktiviti membuat Penanda Buku sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia . Penanda Buku ini diedarkan kepada semua guru SMK Mambau pada Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah yang berlansung pada 9 April 2018.








Aktiviti pada perjumpaan Kelab Mutiara Hati yang seterusnya adalah membuat Bunga Fluffy.
Bahan-bahan untuk membuat Bunga Fluffy ini ialah kertas crepe pelbagai warna, dawai, dan gunting.
Aktiviti membuat Bunga Fluffy ini di jalankan sebanyak dua kali, kali pertama ialah menggunakan kertas crepe yang lembut manakala kali kedua pula menggunakan kertas crepe yang agak keras. Kedua-duanya menghasilkan Bunga Fluffy yang menarik dan cantik tetapi dari segi pembuatannya, menggunakan kertas crepe lembut agak leceh dan rumit.

Aktiviti sebegini dapat memberi idea kepada pelajar cara membuat membuat bunga yang ringkas tapi menarik sesuai untuk dijadikan hadiah Hari Ibu atau Hari Guru.








Rumitthira ahli kelab yang paling 'terror' buat bunga ni 😊












Bergambar bersama Bunga Fluffy yang berjaya dihasilkan.









Terimalah sekuntum Bunga Fluffly dari kami ahli Kelab Mutiara Hati 💓

Lebih banyak aktiviti menarik bakal menyusul. Kelab Mutiara Hati sentiasa di hati.
Stay Tuned 💓💕

Sunday 6 May 2018

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2018




Kejohanan ini telah berlansung dengan jayanya pada 21April-22April 2018 yang lalu di Gelanggang Petanque Port Dickson. 

PPKI SMK Mambau menurunkan 6 orang pemain iaitu Biraj a/l Suresh, Mohd Zul Aizad bin Othman, Muhammad Norizwan bin Ramli untuk Kategori Sekolah (Lelaki) manakala Seri Rahayu Nor Aisyah binti Evendi, Nurul Farhana binti Joy Dzulkarnain dan Rumitthira a/p Veeramany untuk Kategori Sekolah (Perempuan). Mengiringi peserta ialah Cikgu Che Haslina binti Ch Rani dan Cikgu Malini Bt Md Zaki.

Sedikit info mengenai permainan Petanque ini.
Petanque disebut sebagai pay-tong ini bermaksud meletakkan kedua-dua kaki bersama dan ini merupakan peraturan utama untuk permainan ini dimana pemain tidak dibenarkan mengangkat kaki ketika membuat balingan. Permainan yang berasal dari Perancis telah mula diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 1990-an. Menggunakan bola-bola yang diperbuat daripada logam yang setiap satunya seberat 650gm hingga 800gm dengan lilitan antara 70mm hingga 75mm. Lazimnya ia dimainkan di atas permukaan berpasir. Bagi kategori perseorangan atau beregu setiap pemain akan diberikan tiga biji bola atau di sebut boule sementara untuk kategori bertiga setiap pemain akan diberikan dua biji boule. 

Petanque dimainkan dengan sebuah jack dibaling terlebih dahulu dalam gelanggang yang bersaiz 15m x 4m. Balingan jack
 pula mesti berjarak antara 6m hingga 10m. Sasaran para pemain ialah untuk membuat balingan boule yang paling hampir dengan jack. Pasukan yang balingannya jauh dari jack akan terus membuat balingan sehingga dapat memintas kedudukan boule pasukan lawan. Mata akan diberikan mengikut bilangan boule yang paling hampir dengan jack. Sekiranya ada percanggahan tentang kedudukan boule, hakim teknikal akan dipanggil untuk membuat ukuran. Tiada peruntukan masa dalam permainan ini, setiap pusingan atau dipanggil ends akan berterusan sehingga ada pasukan yang memperolehi  11 mata atau 13 mata (ikut arahan pengadil).

Perlu diingatkan Petanque tidak sama dengan Boling Padang. Petanque menggunakan bola logam berbentuk bulat manakala boling padang menggunakan bola yang berbentuk sedikit bujur. 



21 April 2018


Elemen utama dalam permainan ini - Boule dan Jack(warna merah)
Pengetua Cemerlang turun padang untuk memberi sokongan 👨


Bergambar sebelum perlawanan bermula 😍
Perlawanan pertama SMK Mambau lwn SMK KGV 













Arrggghhhh... aksi bila balingan tak menepati sasaran ...rugi boule 😧

Nak baling apa cara pun boleh ajer...janji tak angkat kaki 😃


GO MAMBAU GO...Steady Biraj, cikgu Malini ada kat depan tu 😃


Cikgu Che Haslina dan Cikgu Malini saban hari melatih pelajar ini dengan gigih dan dedikasi...tidak dilupakan juga Cikgu Roslan yang banyak menyumbang tenaga dan usaha.

Cuaca panas tidak mematahkan semangat untuk memberi saingan yang hebat.

Permainan boleh tamat dalam masa beberapa minit atau menjangkau berjam-jam...memang 'rentung' lah kat situ 😭

Nampak rilek...tapi cukup memenatkan 😌


Score sheet...Nampak kan SMK Mambau mendahului pihak lawan 😊

Semangat berpasukan ✌✌


Masa untuk mengira mata. Perlawanan dimenangi oleh SMK Mambau dengan mata 11-1.
Perlawanan kedua SMK Mambau lwn MRSM Gemencheh




Pasukan perempuan juga mempamerkan permainan yang tidak mengecewakan.  Mereka berjaya menumpaskan SMK Seremban Jaya dengan mata 11-1, tetapi terpaksa akur dengan keputusan 4-11 bila dikalahkan oleh SMK Pendeta Zaba.








Walaupun hujan turun, mereka bersemangat meneruskan perlawanan.


Walaupun pasukan PPKI SMK Mambau gagal meraih sebarang tempat di kejohanan ini, tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu memberi saingan yang hebat kepada pasukan yang rata-rata diwakili oleh pelajar aliran perdana. Syabas kepada semua guru-guru yang gigih melatih pasukan ini dan menerapkan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri mereka. 


22 April 2018

Hari kedua kejohanan Petanque ANGKASA 2018 merupakan pertandingan untuk Kategori Dewasa Lelaki dan Wanita. PPKI SMK Mambau menghantar tiga orang peserta untuk Kategori Dewasa Wanita iaitu Cik Siti Noroni binti Omar, Puan Fazeedatul Azua binti Rosli dan Puan Khamisah binti Rajie. Tiada penyertaan untuk Kategori Dewasa Lelaki.

Persaingan amat sengit namun SMK Mambau berjaya berada di kedudukan 8 pasukan terbaik diantara 32 pasukan yang bertanding pada hari itu. Tahun hadapan kami berazam untuk memperbaiki lagi mutu permainan dan berharap akan berjaya ke peringkat akhir.



SMK Datuk Undang Musa Al-Haj lwn SMK Mambau


Penjara Jelebu lwn SMK Mambau


SMK Seremban 2 lwn SMK Mambau

Guru Agama Negeri Sembilan lwn SMK Mambau
Diharapkan semoga PPKI SMK Mambau dapat melahirkan lebih banyak bakat baru dalam sukan ini. 
PETANQUE ...SEE YOU NEXT YEAR...