Friday 27 May 2022

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK MAMBAU TAHUN 2022

 Semalam kita makan-makan, pagi hari ni (27 Mei 2022/Jumaat) kita bakar lemak pula ye....

Bersemangat betul anak-anak PPKI kami .....

Hadiah berbentuk medal dan sijil bagi murid Pendidikan Khas disediakan dari tempat pertama hingga tempat kelima bagi kategori lelaki dan perempuan.

Anak-anak PPKI juga turut menyumbang mata bagi rumah sukan yang mereka sertai.



dah ready ke tu??

WARM UP


Lahveeniya bersama ibunya. 

Nyon Ken Fung bersama ibunya.

Bersama Cikgu Jai (Penolong Kanan Pend Khas)

Bersama Puan Khamisah (berbaju hijau) dan Puan Farawahida (berbaju kelabu). Terima kasih kakak2 kesayangan yang sanggup "merentas" bersama anak-anak ini demi keselamatan mereka.

Bersama Pengetua di garisan permulaan




Bersama Cikgu Azean di check point. Terserlah keletihan di wajah Ah Yeong.










Jaya..murid pertama yang sampai. Rumah hijau nampaknya tu...Tahniah Jaya!


Hema Loshinii murid perempuan yang pertama sampai. Rumah kuning. Tahniah Hema!


 PARA PEMENANG

Lelaki
Tempat pertama : Jaya Prakash (Rumah Hijau)
Tempat kedua : Lee Jia Jun(Rumah Biru)
Tempat ketiga : Nyon Ken Fung  (Rumah Hijau)
Tempat keempat : Hazim Aiman (Rumah Merah)
Tempat kelima : Rahmat (Rumah Merah)

Perempuan
Tempat pertama : Hema Loshinii (Rumah Kuning)
Tempat kedua : Lahveeniya (Rumah Kuning)
Tempat ketiga : Panevsha (Rumah Kuning)
tempat keempat : Fatin (Rumah Merah)
Tempat kelima : Balqis (Rumah Biru)


Jaya Prakash (Johan) Rumah Hijau



Lee Jia Jun (Naib Johan) Rumah Biru


Nyon Ken Fung (tempat ketiga) Rumah Hijau


Hazim Aiman (tempat keempat) Rumah Merah


Rahmat (tempat kelima) Rumah Merah



Hema Loshinii (Johan) Rumah Kuning


Lahveeniya (Naib Johan) Rumah Kuning

Panevsha (tempat ketiga) Rumah Kuning

Fatin (tempat keempat) Rumah Merah

Balqis (tempat kelima) Rumah Biru






Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga buat semua anak-anak PPKI yang menyertai. 
Anda semua sangat hebat!!


Thursday 26 May 2022

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPKI SMK MAMBAU

Alhamdulillah...

Masih di bulan Syawal dan kami diberi kesempatan untuk mengadakan majlis sambutan hari raya.

26 Mei 2022 (Khamis) bersamaan 25 Syawal 1443H telah diadakan Majlis Hari Raya PPKI.

Majlis sederhana namun meriah dan penuh ceria .

Ukiran senyuman manis dan bunyi gelak ketawa anak-anak PPKI kami membuktikan kemeriahan majlis hari raya aidilfitri yang disambut pada hari ini. Selain jamuan makan dengan pelbagai juadah dan hidangan yang sedap dan menyelerakan,  pelbagai aktiviti menarik turut diselitkan bagi  mewarnai majlis seperti persembahan, pertandingan fashion show raya  serta aktiviti permainan yang menyeronokkan.





Ucapan aluan Cikgu Malini selaku pengacara majlis

Bacaan doa oleh Cikgu Azean

Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas Cikgu Abdul Jelani

Persembahan murid






FASHION SHOW RAYA


Britanny 

Panevsha

Hema Loshinii

Senyuman manis Jusaktii

Lahveeniya

Zahra

Balqis



Adam

Hazim

Lu Zhi Peng

Goh Fei Yip

Ah Yeong

Lee Jia Jun

Dhiya

Ahmad Qais


Hafiz

Izwan

Ashwad



Aiman

Hazimin

Jaya

Ken Fung

Rahmat

Pemenang Fashion Show Raya...........

Kategori lelaki dimenangi oleh..........................

Tahniah ! Lee Jia Jun...

Kategori perempuan dimenangi oleh............

Tahniah !   Brittany

Rahmat menang kategori khas iaitu  peserta paling sporting. Tahniah Rahmat!


Pemberian duit raya daripada keluarga Zahra (berkurung biru) kepada semua kawan-kawan di PPKI. Terima kasih diucapkan . Moga dimurahkan rezeki buat Zahra sekeluarga.  
















Persembahan dah selesai, pertandingan pun dah selesai.  Hadiah dah dapat, duit raya pun dah dapat. 

Seterusnya yang ditunggu -tunggu ialah jamuan hari raya. Semuanya tak sabar nak menikmati juadah yang disediakan. 

Nasi ayam, rendang ayam, ketupat palas, lemang, kek, kuih-muih, tepung pelita, biskut raya beraneka jenis, kuih talam, buah-buahan, nasi himpit, kuah kacang, aiskrim dan pelbagai lagi. Semuanya sedap-sedap belaka. 


Bacaan doa makan oleh Hafiz








Pengetua dan barisan pentadbir turut sama hadir memeriahkan majlis

Bila dah puas makan dan perut pun dah kenyang, aktiviti permainan pula diteruskan....

Permainan yang trending masa kini. Permainan yang nampak santai tetapi sebenarnya memerlukan ketepatan, penumpuan dan fokus yang amat tinggi dan pada masa yang sama, perlu mengkoordinasi gerakan tangan menggulingkan tin ke sasaran yang hendak dituju. 












Sesi bergambar bersama Puan Hajah Salwati (Pengetua) dan barisan pentadbir SMK Mambau









SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!