Thursday 26 May 2022

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPKI SMK MAMBAU

Alhamdulillah...

Masih di bulan Syawal dan kami diberi kesempatan untuk mengadakan majlis sambutan hari raya.

26 Mei 2022 (Khamis) bersamaan 25 Syawal 1443H telah diadakan Majlis Hari Raya PPKI.

Majlis sederhana namun meriah dan penuh ceria .

Ukiran senyuman manis dan bunyi gelak ketawa anak-anak PPKI kami membuktikan kemeriahan majlis hari raya aidilfitri yang disambut pada hari ini. Selain jamuan makan dengan pelbagai juadah dan hidangan yang sedap dan menyelerakan,  pelbagai aktiviti menarik turut diselitkan bagi  mewarnai majlis seperti persembahan, pertandingan fashion show raya  serta aktiviti permainan yang menyeronokkan.





Ucapan aluan Cikgu Malini selaku pengacara majlis

Bacaan doa oleh Cikgu Azean

Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas Cikgu Abdul Jelani

Persembahan murid






FASHION SHOW RAYA


Britanny 

Panevsha

Hema Loshinii

Senyuman manis Jusaktii

Lahveeniya

Zahra

Balqis



Adam

Hazim

Lu Zhi Peng

Goh Fei Yip

Ah Yeong

Lee Jia Jun

Dhiya

Ahmad Qais


Hafiz

Izwan

Ashwad



Aiman

Hazimin

Jaya

Ken Fung

Rahmat

Pemenang Fashion Show Raya...........

Kategori lelaki dimenangi oleh..........................

Tahniah ! Lee Jia Jun...

Kategori perempuan dimenangi oleh............

Tahniah !   Brittany

Rahmat menang kategori khas iaitu  peserta paling sporting. Tahniah Rahmat!


Pemberian duit raya daripada keluarga Zahra (berkurung biru) kepada semua kawan-kawan di PPKI. Terima kasih diucapkan . Moga dimurahkan rezeki buat Zahra sekeluarga.  
















Persembahan dah selesai, pertandingan pun dah selesai.  Hadiah dah dapat, duit raya pun dah dapat. 

Seterusnya yang ditunggu -tunggu ialah jamuan hari raya. Semuanya tak sabar nak menikmati juadah yang disediakan. 

Nasi ayam, rendang ayam, ketupat palas, lemang, kek, kuih-muih, tepung pelita, biskut raya beraneka jenis, kuih talam, buah-buahan, nasi himpit, kuah kacang, aiskrim dan pelbagai lagi. Semuanya sedap-sedap belaka. 


Bacaan doa makan oleh Hafiz








Pengetua dan barisan pentadbir turut sama hadir memeriahkan majlis

Bila dah puas makan dan perut pun dah kenyang, aktiviti permainan pula diteruskan....

Permainan yang trending masa kini. Permainan yang nampak santai tetapi sebenarnya memerlukan ketepatan, penumpuan dan fokus yang amat tinggi dan pada masa yang sama, perlu mengkoordinasi gerakan tangan menggulingkan tin ke sasaran yang hendak dituju. 












Sesi bergambar bersama Puan Hajah Salwati (Pengetua) dan barisan pentadbir SMK Mambau









SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!




No comments:

Post a Comment