27 April 2022 (RABU) ...
Projek
ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan
Khas. Penglibatan murid-murid dapat memberi peluang kepada mereka menonjolkan
bakat dan kemahiran. Selain itu, dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid. Pada masa yang sama, memberi murid kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka di masa akan datang.
Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga PPKI SMK Mambau seterusnya mewujudkan kemeriahan untuk dirasai oleh semua murid dalam persediaan menyambut ketibaan Syawal.
Sebelum aktiviti, murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan/stesen di mana setiap kumpulan akan dibimbing oleh guru dan PPM.
Stesen 1 : Mencairkan butter dan menggaulkannya dengan cornflakes, madu dan gula.
Stesen 2 : Memasukkan adunan tadi ke dalam acuan kertas dan hiaskan dengan manik (chocolate rice)
Stesen 3 : Membakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 10 minit dan menyusun biskut ke dalam
balang.
Jom saksikan kemeriahan program kami dengan keletah anak-anak PPKI kami membuat biskut raya.
Bersemangat semuanya.
Akviti berjalan dengan lancar dan hampir 50 balang biskut dapat dihasilkan.
Suasana dewan PPKI sepanjang program berlangsung sangat meriah ditambah dengan putaran lagu-lagu raya dan bau aroma biskut yang telah siap dibakar.
|
Haaa tu dia..macam rewang kenduri kahwin.....murid stesen 3 (stesen membakar biskut)yang kat belakang tu harap bersabar ye..stesen 2 akan pas dulang biskut kepada anda untuk dibakar. |
|
Biskut dulang pertama yang dah siap dibakar. Panas tu ye.. Hati-hati Fatin, Sneha dan Panevsha. |
|
Cikgu Sanmugam menggunting sticker yang dibuat oleh Cikgu Nuraisyah untuk ditampal pada balang biskut. |
|
Puan Farawahida, Hema dan Jaya |
|
Cikgu Abdul Jelani (PK Pend Khas) turut sama membantu. |
|
Hafiz tekun menggaul cornflake |
|
Ah Yeong dan Ken Fung membantu menampal sticker pada balang biskut. |
|
Jaya mencairkan butter. |
|
Goh Fei Yip turut sama membantu menampal sticker |
|
Cikgu Nanthamalar membimbing Brittany memasukkan aduan dalam acuan kertas. |
|
Cikgu Shahina Ashikeen dan Lu Zhi Peng |
|
Amboi! pantang nampak camera Aiman dan Adam ni. |
|
Murid Stesen 2 bersama Puan Norazlina (bertudung coklat cair) |
|
Nyon Ken Fung membantu menampal sticker |
|
Cikgu Nuraisyah menunjukkan cara memasukkan aduan dalam acuan kertas kepada Lu Zhi Peng |
|
Fatin Alyaa |
|
Hazimin dan Dhiya |
|
Puan Khamisah dan Cikgu Azlina (bertudung purple) |
|
Fatin dan Puan Farawahida |
|
Orang penting di stesen 3 bagi memastikan biskut tak hangus..Puan Khamisah dan Cikgu Malini (bertudung kelabu) |
|
Stesen 1, stesen paling pantas. Puan Noora'sikin (duduk) Cikgu Nuraisyah (berdiri) bersama Izwan dan Aiman. |
Program selesai kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Semua murid memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang program. Tahniah dan syabas!!
No comments:
Post a Comment