Wednesday 25 May 2022

KARNIVAL SUKAN E-STACKING PENDIDIKAN KHAS

Dua orang murid dari PPKI SMK Mambau telah menyertai sukan e-stacking peringkat daerah iaitu pada 22April 2022. Murid yang terlibat ialah Hema Loshinii  (kategori BP terbuka) dan Wong Cheng Yeong ( kategori BP sindrom down terbuka).

Kedua-dua murid ini telah dibimbing oleh Cikgu Nanthamalar dan Cikgu Nuraisyah.

Wong Cheng Yeong telah layak mewakili daerah Seremban ke pertandingan peringkat negeri. Tahniah Ah Yeong.!!

Tahniah juga buat Hema atas segala usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan. Kita cuba lagi tahun depan ye Hema.

Ah Yeong

Hema



Pada 28 April 2022, Wong Cheng Yeong telah bertanding di peringkat negeri. Kejayaan sekali lagi menjadi miliknya.. Ah Yeong telah layak mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Tahniah sekali lagi buat Ah Yeong serta guru-guru pembimbingnya.




Bagi persediaan untuk bertanding di peringkat kebangsaan, Ah Yeong telah menjalani latihan pusat di USTP Ampangan selama 4 hari iaitu bermula 10 Mei 2022- 13 Mei 2022 bersama-sama dengan murid-murid dari sekolah  lain yang turut sama terpilih ke peringkat kebangsaan mengikut kategori masing-masing.


Latihan bersama Madam Lilian , Pengerusi Stacking Association Negeri Sembilan




Seterusnya, pada 18 Mei 2022 e-stacking peringkat kebangsaan berlangsung. Mungkin belum ada rezeki buat Ah Yeong di peringkat kebangsaan. Kita cuba lagi tahun depan ye. Ah Yeong tetap hebat di mata kami. Tahniah Ah Yeong !!!








Bukan mudah untuk sampai ke peringkat kebangsaan.

Kerajinan Ah Yeong berlatih tanpa jemu dan sedikit pun tidak pernah menunjukkan keletihan. Hanya kesungguhan serta senyuman manis yang diberikan setiap kali berlatih menghiburkan hati kami. 

Moga ada rezeki buat Ah Yeong mengecapi kejayaan di peringkat kebangsaan suatu hari nanti.

Terima kasih yang tidak terhingga PPKI SMK Mambau ucapkan buat ibu bapa dan nenek Ah Yeong yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama. 

Tidak lupa kepada guru pembimbing Cikgu Nanthamalar dan Cikgu Nuraisyah yang tidak pernah berkira masa dan tenaga demi kejayaan anak PPKI SMK Mambau. Jasamu dikenang.

 "Sahabat" baik Ah Yeong iaitu Hema Loshinii (peserta e-stacking PPKI SMK Mambau peringkat daerah) juga turut sama memberi sokongan buat Ah Yeong setiap kali  latihan mahu pun rakaman. 

Tahniah.. Tahniah..Tahniah...


No comments:

Post a Comment