Sunday 1 May 2022

PROGRAM IHYA RAMADAN DAN PROGRAM KEROHANIAN

Kedua-dua program ini berlangsung serentak di mana Program Ihya Ramadan adalah untuk murid beragama Islam manakala Program Kerohanian adalah untuk murid bukan Islam. Program ini bermula pada 8 April 2022 hingga 29 April 2022 dan berjalan 2 kali seminggu iaitu pada hari Khamis dan Jumaat setiap minggu iaitu pada waktu sebelum rehat.

"Ihya Ramadan" perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab membawa maksud "hidupkan Ramadan"

Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.



AKTIVITI PROGRAM IHYA RAMADAN


Bacaan Yassin setiap pagi Jumaat








Zikir munajat bersama Cikgu Shahina Ashikeen


Hafazan surah lazim bersama Cikgu Farah Wahidah


Di bawah adalah antara murid yang berjaya menjawab soalan kuiz spontan tentang puasa dan 99 nama Allah (Asma Ul Husna) daripada Cikgu Azlina. Baru mula puasa dah dapat duit raya masing-masing ye.... Terima kasih Cikgu Azlina.


Tahniah Rahmat

Tahniah Adam

Tahniah Hazim Aiman

Tahniah Izwan

Tahniah Hazim

Kuiz Ramadan bersama Cikgu Malini


Kuiz Ramadan bersama Cikgu Shahina Ashikeen dan Cikgu Farah


Semasa waktu rehat, semua murid Islam ke surau untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha.





Bimbingan cara pergerakan dalam solat oleh Cikgu Nuraisyah.






Penerangan tentang sebutan dan cara laungan azan diberikan terlebih dahulu oleh Cikgu Jai (PK Pend Khas) dan Cikgu Azean sebelum pertandingan azan dimulakan.





Izwan

Dhiya

Adam



Hafiz

Hazimin

Hazim

Aiman



Rahmat

Seterusnya ialah Pertandingan membuat kad ucapan hari Raya. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid PPKI.










AKTIVITI PROGRAM KEROHANIAN

MEWARNA POSTER







 

AKTIVITI BUMI HIJAU


Menanam anak pokok cili


Bersama Cikgu Sanmugam


Biji benih ape tu Kak Kham?


Aktiviti menyemai biji benih



Bagus Lu Zhi Peng

Menyiram pokok pun perlu ada gaya ye semua. hehe...Good job Jusaktii...

AKTIVITI STRESS FREE - REFLEKSOLOGI

Wah! Bestnya....

Sesi rendaman kaki dengan air garam bukit dan urutan kaki. Banyak kebaikan rendaman kaki ini. Antaranya ialah :

Melancarkan peredaran darah

Mengatasi masalah rekahan tumit kaki, berpeluh dan berbau

Mengurangkan toksin dalam badan

Menyegarkan kaki daripada kebas-kebas

Mengurangkan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan

Beruntungnya kumpulan murid kerohanian dapat sesi rendaman dan urutan kaki secara percuma!!!!

Hanya di PPKI SMK Mambau sahaja ye...hihi

Sesi ini dilaksanakan oleh Cikgu Margaret Ann yang juga merupakan guru kemahiran refleksologi dan dibantu oleh murid Hema Loshinii yang  merupakan murid yang mengambil subjek kemahiran ini.

Terima kasih Cikgu Margaret dan Hema.!


















AKTIVITI KUIZ KEROHANIAN


Berebut-rebut nak menjawab soalan.











TAHNIAH DAN BUAT SEMUA GURU, PPM DAN MURID-MURID PPKI SMK MAMBAU.

SEMUA AKTIVITI PROGRAM BERJALAN DENGAN JAYANYA. 

Semoga memberi pengalaman dan manfaat yang berguna kepada semua murid.

Berjumpa lagi di Program Ihya Ramadan dan Kerohanian pada tahun hadapan dengan lebih banyak lagi aktiviti dan pertandingan yang menarik serta menyeronokkan.
In shaa Allah..






No comments:

Post a Comment