Tuesday 28 February 2017

Majlis Perpisahan Puan Nurul Aida Binti Ali dan Cik Nor Syawalnita Binti Alias

24 Februari 2017

Pada hari ini PPKI SMK Mambau bakal kehilangan dua orang staff yang dikasihi iaitu Pn. Aida dan Cik Nor Syawalnita..mereka masing-masing akan berpindah perkhidmatan ke SMK Dato Shamsuddin Nain, Rantau dan SK Taman Intan Perdana, Port Dickson.. Pn. Aida telah berkhidmat di PPKI SMK Mambau hampir 9 tahun manakala Cik Syawalnita pula telah berkhidmat selama hampir 5 tahun..semoga kedua-duanya terus sukses dan meneruskan kecemerlangan mereka di sekolah yang baru..kami di sini pasti merindui mereka dan berharap ikatan silaturrahim yang terbina terus berkekalan walaupun masing-masing telah berjauhan...sayonara!!!







Thursday 23 February 2017

PERASMIAN PROJEK CENDAWAN TIRAM PPKI SMK MAMBAU


22 FEBRUARI 2017

Projek demi projek mewarnai PPKI SMK Mambau pada tahun 2017 ini. Selain projek ternakan ikan keli, PPKI Mambau sekali lagi melancarkan projek baru iaitu Projek Cendawan Tiram. 

       Pengarah projek ini ialah Puan Margaret Ann A/P Ratnam dan dibantu oleh Puan Malini Binti Md Zaki selaku setiausaha projek. 

Antara objektif projek ini adalah :
       - Memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah penanaman cendawan
       - Membina minat murid terhadap bidang agrotek
       - Memupuk minat murid terhadap bidang keusahawanan
       - Meningkatkan keupayaan murid dari aspek keyakinan diri dan kerjasama

Hasil kegigihan dan kerjasama guru-guru serta murid-murid akhirnya "rumah cendawan PPKI" berjaya di bina di Taman PPKI SMK Mambau. 

     Oleh itu, satu Majlis Perasmian Projek Cendawan Tiram PPKI SMK Mambau telah diadakan. Majlis ini dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Mambau iaitu Tuan Hj Norhashim Bin Othman. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YDP PIBG SMK Mambau, En Jafri Bin Muskiman serta Puan Suhana Binti Sabran, PK Kokurikulum SMK Mambau.

      Diharapkan agar projek ini dapat memberi manfaat khususnya kepada murid-murid PPKI supaya mereka dapat melihat penanaman cendawan sebagai suatu bidang yang boleh menjana sumber pendapatan. 

























Pn Margaret Ann (Pengarah Projek) dan Pn Malini ( Setiausaha )


Saturday 11 February 2017

PROGRAM TERAPI BOLING & MELAWAT KEDAI AKUARIUM


8 FEBRUARI 2017

Program ini merupakan program pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Seramai 32 orang murid PPKI menyertai aktiviti ini. 
      Tentatif program kami..

7.45 pg           : Bertolak ke City Park Seremban 2
8.15 pg           : Sampai di City Park
                       : Taklimat
                       : Murid bersiar-siar mengikut kumpulan masing-masing
                       : Bersarapan pagi
10.00pg          : Bertolak ke U'Bowl Jaya Jusco
10.30 pg         :Pemerhatian teknik bermain dan terapi boling
12.00 tgh hari : Melawat kedai akuarium ikan Seremban 2
1.15 tgh hari   : Bertolak balik ke sekolah

Antara objektif program ini ialah :
- Meningkatkan keberfungsian diri murid
- Memupuk sikap bekerjasama antara satu sama lain
- Mewujudkan kesedaran cintakan alam sekitar
- Meningkatkan keyakinan diri, menunjukkan bakat dan memupuk sikap berdaya saing dalam        
  permainan boling
- Memupuk sikap cintakan haiwan

Diharapkan program ini bukan sahaja dapat memberi keseronokan kepada murid-murid berkeperluan khas (MBK) ini tetapi dapat menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka. 





Wajah-wajah ceria di dalam bas sebelum bertolak ke City Park

Cik Hjh Rahimah (PK) dan guru-guru PPKI yang turut sama dalam menjayakan program




Sampai di City Park seremban 2



Taklimat ringkas oleh Pn Nanthamalar selaku setiausaha program.






Beriadah







Bersarapan pagi

Jom main boling....





Di kedai haiwan Seremban 2







Comelnya kucing...







Kami bertolak balik ke sekolah...


Alhamdulillah...tepat jam 1.35 tengah hari kami pun selamat sampai di sekolah. Program yang dirancang akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 

Tahniah buat Pn Nanthamalar selaku setiausaha program dan terima kasih kepada Cik Hajah Rahimah (PK PPKI) serta semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) yang turut membantu menjayakan program ini.

Friday 10 February 2017

Majlis Pelancaran Ternakan Ikan Keli PPKI SMK Mambau

7 Februari 2017

Pada tahun ini, PPKI SMK Mambau mengorak selangkah lagi dengan melancarkan sebuah projek ternakan ikan keli. Projek yang diketuai oleh En. Muharam Bin Zainuddin selaku guru KSSM ini bertujuan untuk membina minat murid terhadap bidang akuakultur selaras dengan PPKI SMK Mambau yang mengambil ASAS AKUAKULTUR sebagai matapelajaran KSSM. Selain itu projek ini juga dapat memupuk asas keusahawanan kepada murid kerana murid yang terlibat akan secara langsung menternak ikan keli sehingga proses jualan produk akhir.

Oleh yang demikian, sebuah Program Pelancaran Ternakan Ikan Keli telah dadakan pada 7 Februari 2017 ( Selasa ) di Taman PPKI SMK Mambau. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Mambau Tuan Hj. Nor Hashim Bin Othman. Selain itu juga, YDP PIBG En. Jafri Bin Muskiman juga berbesar hati menghadiri majlis pelancaran ini.

Semoga projek penternakan ikan keli ini berjaya dan mencapai objektif yang diingini..dan dapat memartabatkan lagi Program Pendidikan Khas SMK Mambau..