Thursday 16 August 2018

PROGRAM TERAPI BERKUDA

Program ini telah dijalankan pada  15 Ogos 2018 di Homestay Kg.Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan disertai oleh 34 orang pelajar, 10 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid. Program bertujuan untuk membantu pelajar dalam pergerakan psikomotor , keseimbangan badan, meningkatkan kemahiran bersosial dan kawalan emosi. 

Rombongan bertolak dari sekolah jam 8.30pagi dan tiba di lokasi sejam kemudian. Setibanya di sana para pelajar di berikan taklimat oleh Encik Aqil  pemilik  As Equastrian tentang teknik yang betul menunggang kuda. Ada beberapa 'pantang larang' yang perlu di patuhi jika ingin menunggang kuda, diantaranya jangan sesekali lalu di bahagian belakang kuda, ini adalah untuk mengelakkan daripada ditendang oleh kuda itu. Kuda merupakan haiwan yang sensitif dan peka kepada emosi dan tingkahlaku penunggangnya, dia akan memberi reaksi sekiranya penunggang itu takut, marah atau terlalu yakin. Disamping itu En Aqil turut mengingatkan agar tidak mengkasari kuda kerana kuda boleh menggigit dan gigitannya menyamai gigitan seekor anjing.







 




Semua pelajar dan guru diberi peluang untuk menunggang kuda. Majoriti pelajar tiada pengalaman menunggang kuda dan ini merupakan kali pertama dalam hidup mereka.








































Selesai menunggang kuda, diadakan pertandingan sukaneka yang bertemakan Hari Kebangsaan. Pelajar dan guru bergabung dan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan  iaitu Kumpulan Tanggal 31, Kumpulan Inilah Barisan Kita, Kumpulan Keranamu Malaysia dan Kumpulan Jalur Gemilang. 






Acara pertama diberi nama  Sambutlah Kasih. Para peserta dikehendaki membaling bola kepada rakan yang telah bersedia untuk menyambut bola itu dengan menggunakan net. Kumpulan yang dapat menyambut bola paling banyak dikira pemenang. Acara ini telah dimenangi oleh Kumpulan Jalur Gemilang.





Acara kedua pula diberi nama Opss !! Jangan Pegang-Pegang, Lari Saja. Peserta bergilir -gilir lari dengan menggunakan kain sarung. Kain sarung perlu diikat ketat dipinggang dan tidak dibenarkan memegang kain tersebut sewaktu berlari. Acara ini pula telah dimenangi oleh Kumpulan Tanggal 31.








Acara ketiga adalah acara yang diberi nama Jangan Tinggal Daku.  Dalam acara ini para peserta dikehendaki berlari dan membawa bersama ahli-ahli kumpulannya. Ini merupakan acara paling memenatkan kerana peserta perlu membuat beberapa pusingan larian sebelum tamat permainan ini. Acara ini telah dimenangi oleh Kumpulan Tanggal 31.






Acara keempat diberi nama Reach Me, peserta dikehendaki meletakkan biskut di dahi dan cuba makan tanpa memegang biskut tersebut tapi disebabkan permainan ini agar sukar tiada seorang peserta pun berjaya. Oleh itu permainan ini terpaksa dibatalkan.






Acara terakhir adalah Nyanyian Lagu Patriotik. Tajuk lagu adalah mengikut nama kumpulan masing-masing. Acara ini telah dimenangai oleh Kumpulan Inilah Barisan Kita.






Sukaneka tamat sekitar jam 12.30tengahari dan berhenti untuk makan tengahari sebelum majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang.























Ternyata program ini sangat bermanfaat, menyeronokkan serta menceriakan semua warga PPKI SMK Mambau dan wajar dijadikan program tahunan.