Sunday 5 August 2018

BENGKEL URUTAN ASAS REFLEKSOLOGI BERSAMA LPPKN & MAJLIS PERASMIAN RUANG D'REFLEKS PPKI SMK MAMBAU

         Kedua-dua program ini telah berlangsung pada 31 Julai 2018 (Selasa). Program bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tengah hari. 

Di PPKI SMK Mambau, terdapat sebuah kelas (KSSM Bijak) yang mengikuti sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK). Salah satu mata pelajaran yang diajar ialah kemahiran vokasional spesifik iaitu Refleksologi. Murid-murid kelas KSSM Bijak ini telah mempelajari refleksologi sejak tahun 2017 di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Puan Margaret Ann.

Bercerita tentang refleksologi pula, refleksologi berasal dari perkataan Inggeris, 'reflex" bermaksud pantulan atau balikkan struktur badan manusia dan Logi berkaitan dengan sains. Refleksologi adalah merujuk kepada pemetaan zon-zon reflek seluruh organ melalui tapak kaki dan/atau tangan.

Refleksologi bukanlah sesuatu yang baru, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India. Kaedah ini mula dipraktikkan semula selepas diteroka kembali oleh Dr Willian Fitzgerald pada tahun 1913.

Refleksologi adalah teknik yang melibatkan stimulasi tekanan keatas zon-zon refleks pada tapak kaki dimana zon-zon refleksi ini berhubungkait secara langsung dengan organ-organ penting dalam badan.

Refleksologi merupakan teknik rawatan urutan kepada titik refleksi . Kaedah ini adalah dengan memberikan urutan refleksologi kepada tapak kaki kerana tapak kaki mempunyai banyak titik refleksi.

Perubatan ini adalah berdasarkan kawasan zon dan reflek yang menyamai sebuah sistem badan melalui urutan pada kaki dan tangan, dan urutan yang dilakukan pada bahagian anggota badan berkenaan dapat memberi kesan kepada fizikal badan seseorang.

Maksud titik refleksi adalah titik pusat saraf. Setiap titik refleksologi ada kaitan dengan organ tubuh badan tertentu, jadi dengan membuat urutan pada bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik refleksologi yang diurut akan membantu membaik pulih organ tubuh badan berkenaan.




Terdapat beberapa kelebihan urutan refleksologi ini. Antaranya ialah:
- membuang toksin dalam badan
- melancarkan pengaliran darah
- menguatkan otot kaki
- mengatasi masalah sembelit
- mengurangkan rasa letih

dan pelbagai lagi......

Haaa..banyak kan kelebihan atau kebaikan urutan refleksologi ni...

Oleh kerana itu, Puan Margaret Ann selaku penyelaras Bengkel Urutan Asas Refleksologi ini telah menjemput dua orang jurulatih refleksologi dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Seremban 2 iaitu Puan Nur Hidayah Binti Abdullah dan Puan Norlinda Binti Zainal untuk memberi bimbingan kepada warga PPKI SMK Mambau tentang cara-cara urutan refleksologi yang betul dan efektif.

Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran urutan refleksologi murid-murid kelas KSSM Bijak tetapi ia juga dapat memberi pendedahan tentang urutan asas refleksologi kepada murid-murid yang lain, guru-guru dan pembantu pengurusan murid (PPM). Ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.


Bengekel ini telah diadakan di Bilik Gerakan Baru SMK Mambau.
Bengkel ini tebahagi kepada dua slot iaitu :
- Slot 1 : Teori Urutan Refleksologi
- Slot 2 : "Jom Urut Refleks" (praktikal)


SLOT 1 : TEORI 


Penerangan oleh Puan Nur Hidayah







SLOT 2 : PRAKTIKAL

Demonstrasi urutan

Puan Nurhidayah dan Puan Norlinda akan membuat demonstrasi terlebih dahulu urutan bagi setiap titik refleks. Kemudian, barulah peserta bengkel melakukan teknik urutan mengikut titik refleks yang dinyatakan pada pasangan masing-masing.


















Saling mengurut antara satu sama lain..
- pelajar urut rakan-rakan lain, pelajar urut cikgu, cikgu urut pelajar..

Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Dalam bengkel selama lebih kurang 3 jam ini, kami warga PPKI telah diajar urutan asas bagi 10 titik refleks iaitu :

1. paru-paru
2. kepala
3. usus besar dan usus kecil
4. perut
5. mata
6. buah pinggang
7. tulang belakang
8. lutut
9. bahu dan leher
10. pinggang

Bengkel tamat pada pukul 12.20 tengah hari.

Setelah selesai,semua murid bergerak ke dewan PPKI bagi program yang seterusnya iaitu majlis perasmian Ruang D'Refleks PPKI SMK Mambau.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, Tuan Hj Nor Hashim Bin Othman atas kesudian meluangkan masa ke majlis kami dan merasmikan Ruang D'Refleks PPKI.







Tema 'purple' menjadi pilihan...ruang spa minimalis PPKI SMK Mambau yang terhias cantik dengan haruman aromaterapi yang menenangkan minda.

Tuan Pengetua bersama Pn Margaret Ann (guru Refleksologi) serta murid-murid kelas KSSM Bijak yang mempelajari kemahiran vokasional refleksologi 



Seterusnya penyampaian sijil kepada peserta kursus refleksologi....

Penyampaian sijil kepada En Roslan Bin Ibrahim (PK PPKI SMK Mambau)

Puan Margaret Ann yang juga merupakan penyelaras bengkel refleksologi dan tenaga pengajar kemahiran voksional Refleksologi bagi murid-murid kelas KSSM Bijak

Tuan Hj Mohd Zabid Bin Omar

Puan Che Haslina Ch Rani (penyelaras PPKI)

Pn Nanthamar A/P Supramaniam

Pn Azlina Binti Hang Tuah

Pn Khamisah Binti Rajie

Pn Shahina Ashikeen Binti Hj Jamil

Pn Malini Binti Md Zaki

En Azean Bin Abdullah

Cik Siti Noroni Binti Omar

Puan Fazeedatul Azua Binti Rosli

Pn Nuraisyah Binti Rani

Pn Norhayati Binti Mohd Salimin

Pn Farawahida Binti Radzuan

Semua penerima sijil di atas merupakan Penolong Kanan PPKI, barisan guru serta pembantu pengurusan murid (PPM) PPKI SMK Mambau.


Penyampaian cenderahati kepada jurulatih refleksologi iaitu Pn Nur Hidayah Binti Abdullah.

En Roslan menyampaikan cenderahati kepada tuan Pengetua, Tn Haji Nor Hashim Bin Othman



Sesi bergambar mengakhiri majlis.....

Tahniah Puan Margaret selaku penyelaras program dan terima kasih atas sokongan PK PPKI kami, En Roslan Bin Ibrahim...serta jutaan terima kasih kepada semua guru dan PPM atas kerjasama semua menjayakan program ini....
TEAM PPKI SMK MAMBAU THE BEST......


No comments:

Post a Comment