Friday 13 July 2018

PERJUMPAAN 3 PENJURU & PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI PPKI SMK MAMBAU 2018



Majlis Perjumpaan 3 Penjuru & Program Penerapan Nilai-Nilai Murni PPKI SMK Mambau 2018

Tarikh:
12 Julai 2018

Masa:
10.00pagi - 1.00tengahari

Tempat:
PKG Mambau

Majlis terbahagi kepada beberapa slot seperti berikut :- 
Slot 1: 
Pendaftaran 
Slot 2: 
Perjumpaan 3 penjuru - ibubapa, guru dan murid 
Slot 3: 
Dialog bersama GPK
Slot 4: 
Jamuan hari raya dan sesi bergambar



Cincin berlian cantik bertatah
Di beli dari kedai Cik Ani
Perjumpaan 3 Penjuru dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni berakhirlah sudah
Majlis meriah dalam suasana harmoni

Takbir bergema di subuh sunyi
Sayu terkenang kisah yang silam
Antara objektif utama program ini
Menghayati bulan-bulan kebesaran Islam

Serba cantik di hari lebaran
Anggun berseri serba harum
Memberi ruang warga PPKI berkongsi kegembiraan
Mengeratkan ukhwah tidak mengira kaum















Bershopping itu hobi semua orang
Tengah shopping jumpa Dato' K
Ibu bapa dan  guru dah selesai berbincang 
Dengarlah pula sepatah dua kata dari GPK

Sesi dialog bersama GPK PPKI Cikgu Roslan bin Ibrahim






Cikgu Malini menyentuh bab disiplin pelajar yang semakin membimbangkan dan perlu perhatian serius






Pohon rumbia tegak merendang
Tempat persinggahan si anak kera
Nasi hujan panas telah terhidang
Jemputlah semua menjamu selera

Tn Hj Abu Bakar bin Ab Ghalim PK Pentadbiran antara VIP yang hadir




Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir, guru, ibu bapa dan murid

Orang kuat persiapan tempat




Adik sayang segak bergaya
Kakak berseri duduk di tangga
Suasana  riang di hari raya
Bermaaf-maafan segala sengketa

0-0 ok 😊
Baru bersalaman dan bergaduh balik ye heheheπŸ˜›πŸ˜‚

Kami menerima tempahan lemang dan rendang untuk raya tahun depan πŸ˜ŠπŸ˜€








Bos pesan...jangan dok asik beraya...pi sambung kerjaπŸ˜‚πŸ˜‚

 Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Raya tahun depan berjumpa lagi

Minum Sirap Dengan Selasih
Cukup Sekian Terima Kasih



Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 
Kalian memang hebat.























No comments:

Post a Comment