Sunday 1 July 2018

HARI KEUSAHAWANAN & KOPERASI

Pada 27 Jun 2018 yang lalu telah berlansung Hari Keusahawanan dan Koperasi di SMK Mambau. Program yang julung kali diadakan ini memberi peluang kepada semua warga SMK Mambau memupuk minat berniaga serta menunjukkan kebolehan menguruskan sesuatu perniagaan. Di samping itu objektif program ini adalah untuk membantu kelab dan persatuan menjana dana untuk menggerakkan sesuatu aktiviti.

Warga PPKI tidak mahu ketinggalan dan turut mengambil bahagian. Antara menu jualan di Cafe PPKI ialah Air Kalamanzi Kasturi, Laksa Kebaboom, Mee Goreng 
Umppphh, Kuih Seri Muka Flawless, Kuih Kaswi Sweet, Sandwich by Che Has, Popcorn MamaMia, Aiskrim Choki-Choki Viral, Aiskrim combo Asam Boi dan Anggur dan tidak ketinggalan Minyak Aromaterapi Kayangan.

Pelbagai persiapan telah dijalankan dengan begitu rapi bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar ,baik dari segi persiapan makanan mahupun persiapan tempat.


Bisnes kecil-kecilan dulu, tahun depan kita buka restoran pula yeπŸ˜€

Kolabrasi yang mantap, Cikgu Azian dan Cikgu Azlina dengan air kalamanzi kasturi yang dingin menyegarkan manakala Cikgu Siti dan Cikgu Shahina dengan laksa kebaboom gerenti tak cukup semangkuk😊

Cikgu Che Haslina tak kurang sibuknya.


Persiapan di Cafe:susun peralatan, susun barang jualan, semua kena tip-topπŸ‘€

Taraaaa...siap sedia menunggu pelanggan πŸ˜„
Antara pelajar PPKI yang turut membantu dan tak sabar nak membeli di cafe sendiri 😍


Pelanggan yang pertama 😁
 Laksa Kebaboom yang hot selling  😎


Kuih manis...peniaga pun manis 😊






Cikgu Azlina, Cikgu Margaret dan Cikgu Nanthamalar pun tak menang tangan nak melayan pelanggan.

Semakin ramai pelanggan yang datang, kalau sedap bagitau kawan-kawanπŸ˜™


Laris betul jualan hari niπŸ‘Œ


Dah habis... boleh balik 😁


Akhir sekali, Syabas dan Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini semoga program yang memberi banyak manfaat ini dapat diteruskan di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment