Tuesday 3 July 2018

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan peringkat sekolah anjuran Unit Kokurikulum SMK Mambau ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Bermula 29 Jun 2018 hingga 1 Julai 2018 (Jumaat hingga Ahad). Seramai 48 orang murid yang terdiri daripada pelbagai unit beruniform termasuklah Pengakap PPKI terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini. 

Semua aktiviti dalam perkhemahan ini dikendalikan oleh 5 orang fasilitator yang terlatih. 

Di sinilah berlakunya komunikasi dan kolaborasi antara murid-murid PPKI dan murid-murid aliran perdana. Apa yang membanggakan ialah mereka tidak kekok untuk saling berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain semasa melakukan aktiviti sepanjang perkhemahan berlangsung.

Murid-murid PPKI yang menyertai perkhemahan ini ialah:
- Biraj A/L Suresh
- Rumithira A/P Veeramany
- Jethro Chan Jian Zhi
- Muhammad Zul Aizad Bin Othman
- Hema Loshini A/P Veeramany

Pendaftaran bermula pada hari Jumaat, 29 Jun 2018 pada pukul 3.00 petang. 

Seterusnya aktiviti di jalankan mengikut tentatif perkhemahan yang telah dirancang.

Aktiviti-aktiviti sepanjang perkhemahan





SEPANJANG PERKHEMAHAN BERLANGSUNG.........


Membuat gajet

Mendirikan Khemah
































































Sesi bergambar selepas majlis penutup


Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada PK PPKI En Roslan Bin Ibrahim dan semua guru PPKI SMK Mambau yang sanggup mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk sama-sama bergilir-gilir bertugas menjaga anak-anak PPKI sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
Jasamu dikenang.

Tahniah dan syabas buat kelima-lima murid PPKI yang terlibat dalam perkhemahan ini kerana berjaya melaksanakan semua aktiviti perkhemahan dengan jayanya setanding murid-murid aliran perdana.

ANDA SEMUA HEBAT..!

No comments:

Post a Comment