Saturday 19 January 2019

PROGRAM JOM BERSIH , CANTIK DAN KACAK KE SEKOLAH...


17 JANUARI 2019

Nak cantik? Nak kacak?

Jom cantik dan kacak tanpa perlu mengambil sebarang suplemen, suntikan mahupun pembedahan...

Sebenarnya seseorang itu automatik akan jadi cantik (bagi perempuan) dan kacak (bagi lelaki) apabila kebersihan diri dijaga dan kekemasan pakaian di utamakan....

Menjaga ketrampilan dan penampilan diri amat penting bagi setiap individu agar sentiasa kelihatan anggun dan hebat selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran, as sunnah dan ijtihad para ulama yang muktabar. Nabi Muhammad SAW adalah contoh yang terbaik untuk kita jadikan ikutan dalam menekankan aspek kebersihan dan kesucian, khususnya berkaitan penampilan diri dan berpakaian.

Maka, satu program dirancang oleh PPKI SMK Mambau untuk murid-murid PPKI. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk membantu murid-murid ini meningkatkan penampilan diri supaya kelihatan lebih kemas, menarik dan berdisiplin terutama dari segi fizikal serta pembentukan keperibadian yang disenangi.

Program ini terbahagi kepada 3 slot iaitu: 

SLOT 1 : Slide show Pengurusan Diri
SLOT 2 : Let's Do It
SLOT 3 : Penyampaian "toolkit grooming"

Slot 1 bermula jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi di kendalikan oleh Cikgu Nuraisyah dan Cikgu Malini. Murid-murid diberi penerangan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan pendedahan tentang kesan buruk atau akibat sekiranya tidak menjaga kebersihan diri dengan betul.

Pengenalan tentang program disampaikan oleh Cikgu Margaret Ann


Taklimat / penerangan disampaikan oleh Cikgu Nuraisyah

Taklimat / penerangan disampaikan oleh Cikgu Malini


Slot 2 bermula selepas rehat iaitu pada pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Bangun pagi..gosok gigi (lagu semasa tadika). 

Perkara pertama yang kita buat selepas bangun dari tidur ialah menggosok gigi. Menjaga kebersihan mulut sangat penting dan perlu dititikberatkan.

Setiap murid dibekalkan dengan berus gigi. Penerangan tentang cara menggosok gigi dengan betul disampaikan oleh Cikgu Margaret Mary Lawrence.

Cara memberus gigi dengan betul oleh Cikgu Margaret Mary Lawrence










Selepas itu, semua murid bergerak ke dewan PPKI untuk aktiviti seterusnya. 

Murid-murid diberi penerangan cara menjaga kebersihan kuku. Kuku perlu sentiasa bersih dan dipotong pendek. 
Penerangan tentang penjagaan kuku ini disampaikan oleh Cikgu Margaret Ann.

Cara menjaga kebersihan kuku oleh Cikgu Margaret Ann

Tangan perlu direndam terlebih dahulu dalam air sabun supaya kotoran dicelah kuku tertanggal dan kuku lebih mudah diketip.




Seterusnya ialah aspek kekemasan pakaian. 






Tunjuk ajar cara memakai tali leher oleh Cikgu Azean

Haaaa..ni geng kuku panjang. Diarahkan  potong kuku masa tu juga. Jadi, berjemaah lah jawabnya memotong kuku.. hehe


Kuku kaki pun perlu pendek.

Potong jangan tak potong.

Alahai... Goh Fei Yip..masih tak reti nak potong kuku sendiri. Terpaksa lah Kak Wa tolong potongkan. Terima Kak Wa!!
Wowww.. Barulah kacak bergaya..
Murid perempuan diberi penerangan tentang cara menjaga kebersihan diri dan "hal-hal berkaitan wanita"



Tudung perlu dipakai dengan kemas.

Diajar tentang cara menggosok tudung dengan betul.

Tepat jam 1.00 tengah hari, murid-murid berkumpul semula untuk majlis penutup dan penyampaian "toolkit grooming" ( sikat, pengetip kuku, hand sanitizer dan tisu poket) untuk kegunaan murid-murid 

Ucapan oleh Cikgu Roslan selaku Penolong Kanan PPKI
Penyampaian toolkit grooming kepada semua murid.












Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dengan lancar.

Semoga segala perkongsian yang diberi oleh guru-guru dapat dipraktikkan oleh anak-anak PPKI ini. Moga selepas ini semua murid-murid PPKI dapat meningkatkan lagi penampilan diri masing-masing  dan sentiasa kelihatan bersih dan kemas. Bukan sahaja semasa datang ke sekolah tetapi pada setiap masa. 

Kebersihan diri , disiplin dan sahsiah sebenarnya yang menentukan sama ada seseorang itu cantik atau pun kacak. Bukannya paras rupa ye...

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Margaret Ann selaku penyelaras program dan Cikgu Nuraisyah selaku setiausaha program.

 Terima kasih kepada semua warga PPKI yang menjayakan program ini.

Wednesday 16 January 2019

TIRAI BLOG 2019 KINI DIBUKA


Sesi persekolahan 2019 telah bermula tanggal 2 Januari 2019, secara tidak lansung berakhirlah keseronokan cuti sekolah dan bermula lah rutin harian ke sekolah pada setiap pagi. 

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar lama dan selamat datang kepada semua pelajar baharu khasnya untuk pelajar PPKI SMK Mambau.


Secara tidak lansung tirai blog PPKI SMK Mambau juga dibuka dengan rasminya, kali ini dibawakan rangkuman aktiviti-aktiviti dan info di PPKI sepanjang minggu pertama dan kedua sesi persekolahan 2019.


Perhimpunan rasmi yang pertama bagi sesi persekolahan tahun 2019. Dari raut wajah mereka yang ceria menggambarkan keterujaan untuk memulakan persekolahan.









PPKI SMK Mambau mengalu-alukan kedatangan Cikgu Margaret Mary Lawrence  serta empat orang pelajar baharu iaitu Mujaheed Iqbal, Mohamad Haziq, Fatin Alyaa dan Lee Jia Jun. Diharapkan mereka cepat menyesuaikan diri dengan tempat  dan suasana baru, guru baru, rakan baru dan menjadikan sekolah suatu tempat yang menyeronokkan sesuai dengan konsep Happy School seperti yang diwar-warkan oleh Pengetua Cemerlang SMK Mambau Tuan Haji Nor Hashim bin Othman pada perhimpunan rasmi yang pertama 2019.



Muhammad Mujaheet Iqbal bin Rusle

Mohamad Haziq bin Mohd Fauzie

Fatin Alyaa binti Mohd Nizar

Lee Jia Jun

Sebagai permulaan, sesi suaikenal untuk pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan dan PPKI di adakan di Dewan Terbuka Smk Mambau.







Sesi suaikenal juga turut diadakan di Dewan PPKI dan diikuti dengan beberapa sesi taklimat yang diberikan kepada oleh Cikgu Roslan (GPK), Cikgu Azean (SU Kokorikulum), Cikgu Margaret Ann (SU Hal Ehwal Murid) dan Cikgu Azlina (SU Kurikulum) kepada semua pelajar dan tidak tertumpu kepada pelajar baharu sahaja. 










Ujian diagnostik diadakan serentak di semua kelas bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam menguasai matapelajaran asas. Dengan itu guru dapat menyaring pelajar mengikut  tahap mereka yang sepatutnya.






Pemilihan ahli jawatankuasa untuk aktiviti kokorikulum Pengakap, PSV dan 1M1S untuk memberi peluang kepada pelajar menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi dan secara tidak lansung mencungkil potensi kepimpinan yang ada pada mereka.














Kunjungan secawan teh ke rumah pelajar yang bernama Daniel Haiqal untuk membincangkan tentang beberapa isu yang berkaitan dengan persekolahan.




Pelajar PPKI turut mengambil bahagian di Kejohanan Merentas Desa SMK Mambau kali yang ke-16 baru-baru ini. Syabas diucapkan kepada mereka yang mengambil bahagian kerana semangat kesukanan yang ditunjukkan dan kesungguhan mereka untuk menamatkan larian dengan masa yang terpantas.


















Upacara penutup dan penyampaian hadiah oleh Cikgu Abu Bakar (Guru Penolong Kanan Pentadbiran). Tahniah kepada semua pemenang .

























Pada masa yang sama  dengan berat hati PPKI SMK Mambau terpaksa 'melepaskan' sebutir permata yang sangat berharga iaitu Seri Rahayu Nor Aisyah binti Evendi kerana telah ditawarkan ke Sekolah Sukan Negeri SMK Za'ba berikutan kecemerlangannya di dalam sukan balapan. Selamat maju jaya diucapkan kepada Seri semoga terus cemerlang di luar sana.





Begitu lah serba sedikit coretan sepanjang dua minggu persekolahan,lebih banyak program yang menyusul selepas ini. Teruskan mengikuti perkembangan PPKI Smk Mambau di sini.