Wednesday 16 January 2019

TIRAI BLOG 2019 KINI DIBUKA


Sesi persekolahan 2019 telah bermula tanggal 2 Januari 2019, secara tidak lansung berakhirlah keseronokan cuti sekolah dan bermula lah rutin harian ke sekolah pada setiap pagi. 

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar lama dan selamat datang kepada semua pelajar baharu khasnya untuk pelajar PPKI SMK Mambau.


Secara tidak lansung tirai blog PPKI SMK Mambau juga dibuka dengan rasminya, kali ini dibawakan rangkuman aktiviti-aktiviti dan info di PPKI sepanjang minggu pertama dan kedua sesi persekolahan 2019.


Perhimpunan rasmi yang pertama bagi sesi persekolahan tahun 2019. Dari raut wajah mereka yang ceria menggambarkan keterujaan untuk memulakan persekolahan.









PPKI SMK Mambau mengalu-alukan kedatangan Cikgu Margaret Mary Lawrence  serta empat orang pelajar baharu iaitu Mujaheed Iqbal, Mohamad Haziq, Fatin Alyaa dan Lee Jia Jun. Diharapkan mereka cepat menyesuaikan diri dengan tempat  dan suasana baru, guru baru, rakan baru dan menjadikan sekolah suatu tempat yang menyeronokkan sesuai dengan konsep Happy School seperti yang diwar-warkan oleh Pengetua Cemerlang SMK Mambau Tuan Haji Nor Hashim bin Othman pada perhimpunan rasmi yang pertama 2019.



Muhammad Mujaheet Iqbal bin Rusle

Mohamad Haziq bin Mohd Fauzie

Fatin Alyaa binti Mohd Nizar

Lee Jia Jun

Sebagai permulaan, sesi suaikenal untuk pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan dan PPKI di adakan di Dewan Terbuka Smk Mambau.







Sesi suaikenal juga turut diadakan di Dewan PPKI dan diikuti dengan beberapa sesi taklimat yang diberikan kepada oleh Cikgu Roslan (GPK), Cikgu Azean (SU Kokorikulum), Cikgu Margaret Ann (SU Hal Ehwal Murid) dan Cikgu Azlina (SU Kurikulum) kepada semua pelajar dan tidak tertumpu kepada pelajar baharu sahaja. 










Ujian diagnostik diadakan serentak di semua kelas bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam menguasai matapelajaran asas. Dengan itu guru dapat menyaring pelajar mengikut  tahap mereka yang sepatutnya.






Pemilihan ahli jawatankuasa untuk aktiviti kokorikulum Pengakap, PSV dan 1M1S untuk memberi peluang kepada pelajar menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi dan secara tidak lansung mencungkil potensi kepimpinan yang ada pada mereka.














Kunjungan secawan teh ke rumah pelajar yang bernama Daniel Haiqal untuk membincangkan tentang beberapa isu yang berkaitan dengan persekolahan.




Pelajar PPKI turut mengambil bahagian di Kejohanan Merentas Desa SMK Mambau kali yang ke-16 baru-baru ini. Syabas diucapkan kepada mereka yang mengambil bahagian kerana semangat kesukanan yang ditunjukkan dan kesungguhan mereka untuk menamatkan larian dengan masa yang terpantas.


















Upacara penutup dan penyampaian hadiah oleh Cikgu Abu Bakar (Guru Penolong Kanan Pentadbiran). Tahniah kepada semua pemenang .

























Pada masa yang sama  dengan berat hati PPKI SMK Mambau terpaksa 'melepaskan' sebutir permata yang sangat berharga iaitu Seri Rahayu Nor Aisyah binti Evendi kerana telah ditawarkan ke Sekolah Sukan Negeri SMK Za'ba berikutan kecemerlangannya di dalam sukan balapan. Selamat maju jaya diucapkan kepada Seri semoga terus cemerlang di luar sana.





Begitu lah serba sedikit coretan sepanjang dua minggu persekolahan,lebih banyak program yang menyusul selepas ini. Teruskan mengikuti perkembangan PPKI Smk Mambau di sini.



No comments:

Post a Comment