Saturday 30 July 2016

MOH KITO BAKAR LOMANG - PART 2 2016

27 JULAI 2016


Hari Kedua,Rabu (27 Julai 2016)  yang merupakan kemunjak bagi program 'Moh Kito Bakor Lomang'. Seawal 8 pagi, guru-guru dan murid PPKI bekerjasama untuk membakar lemang dan memasak rendang. Murid-murid PPKI yang terlibat dalam proses membakar lemang dan memasak rendang begitu teruja kerana ada dalam kalangan mereka merupakan pengalaman pertama. Pendedahan kepada masakan tradisonal kepada murid PPKI merupakan salah satu objektif program ini.

Tuan Pengetua Cemerlang SMK Mambau, Tuan Haji Nor Hashim bin Othman telah meluangkan masa untuk merasmikan program 'Moh Kito Bakar Lemang' PPKI SMK Mambau 2016 ini. Murid-murid PPKI teruja dengan kehadiran Tuan Pengetua Cemerlang yang turut memeriahkan program ini. 

Program 'Moh Kito Bakar Lemang' berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang cukup meriah. Meskipun penat namun warga PPKI SMK Mambau gembira kerana dapat berkongsi juadah hari raya bersama murid-murid PPKI. Program ini berakhir pada pukul 5 petang. 
































Thursday 28 July 2016

MOH KITO BAKOR LOMANG-PART 1 2016

26 JULAI 2016


Kemeriahan Syawal terus dirasai bagi warga PPKI SMK Mambau. Satu program 'Moh Kito Bakor Lomang' telah diadakan pada 26 dan 27 Julai 2016 iaitu pada hari Selasa dan Rabu. Program ini berlangsung di belakang surau Al-Ghazali SMK Mambau. Penyediaan bahan mentah untuk membakar lemang dan memasak rendang dilakukan pada hari Selasa (26 Julai 2016). Semua guru dan murid PPKI bergotong-royong menyediakan bahan mentah untuk lemang dan rendang.

Program ini melibatkan semua guru dan murid PPKI SMK Mambau. Barisan pentadbir dan staff pejabat SMK Mambau turut memeriahkan program 'Moh Kito Bakor Lomang' ini. Ibu bapa murid PPKI SMK Mambau juga dijemput hadir untuk merasai kemeriahan program yang julung-julung kali diakan ini. 














Thursday 21 July 2016

Jamuan Sambutan Hari Aidilfitri Raya Peringkat Sekolah

15 JULAI 2016

Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Disambut dengan gembira
Kini syawal menjelma tiba
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Pada bulan syawal ini, SMK mambau tidak melepaskan peluang untuk mengadakan jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah. Majlis sambutan ini diadakan pada hari Jumaat, 15 Julai 2016 di Dewan Terbuka dan kantin SMK Mambau. PPKI SMK Mambau turut memeriahkan jamuan Hari Raya ini. Murid-murid PPKI SMKM sangat teruja kerana dapat mengayakan pakaian hari raya mereka di sekolah dan beraya bersama-sama guru dan rakan-rakan. Foto kenangan tidak ketinggalan sebagai kenangan untuk masa akan datang.