1 JULAI 2016
Warga PPKI SMK Mambau telah mengadakan satu program khas untuk meraikan murid-murid PPKI SMKM berbuka puasa bersama guru-guru dan rakan-rakan mereka. Program yang diberi nama Iftar Jamai'e ini telah diadakan pada hari Jumaat, 1 Julai 2016. Majlis berbuka puasa ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Seremban Negeri Sembilan.
Program Iftar Jamai'e diserikan lagi dengan kehadiran Pengetua Cemerlang SMK Mambau, Tuan Haji Nor Hashim bin Othman dan yang Dipertua PIBG SMK Mambau Encik Jafri bin Muskiman. Murid-murid PPKI SMKM sangat gembira dapat diraikan dalam majlis seperti ini. Warga PPKI SMKM bergerak ke Hotel Seri Malaysia dengan menaiki bas dari sekolah. Program ini disambut meriah meskipun hari tersebut adalah hari terakhir sebelum semua warga PPKI SMKM bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment