Saturday 24 September 2022

NS SCOUT SKILLS CHALLENGE

 24 September 2022, Sabtu

Tempat : SMK Datuk Abdullah (SEMENDA) Rembau

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Program  NS Scout Skills Challenge ini merupakan salah satu program / aktiviti Pengakap yang berlangsung sempena Program Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rembau dengan Kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Rembau serta Majlis Belia Daerah Rembau.

Seramai 6 orang ahli pengakap PPKI SMK Mambau telah menyertai program ini.

1. Jaya Prakash

2. Hema Loshinii

3. Hazimin

4. Norizwan

5. Hazim Aiman

6. Zahra

Seawal jam 7.15 pagi, murid-murid berkumpul di bus stop sekolah. 

Tiba di sana sekitar jam 8.45 pagi.

Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi.

Ahli Pengakap dibekalkan dengan kad aktiviti dan perlu menyiapkan 9 tugasan dan kemudian mendapatkan cop pengesahan untuk menuntut sijil pencapaian.

Sijil pencapaian :

200 Pencapaian Emas

300 Pencapaian Perak

500 Pencapaian Gangsa

8 Booth dibuka:

1. Booth 1- Hoki Zig Zag

2. Booth 2 - Congkak Gergasi

3. Booth 3 - Phonetic Alphabet

4. Booth 4 - Baling Pundi Kacang

5. Booth 5 - Balo jaring One Shot

6. Booth 6 - Ring

7. Booth 7 - Kim Games

8. Booth 8 - Dart


Satu lagi tugasan iaitu tugasan ke 9 ialah Sahabat Pengakap.

Misi ahli pengakap kami ialah semestinya SIJIL PENCAPAIAN EMAS!

Berjayakah anak-anak PPKI kami??

Sarapan pagi


Aktiviti bermula tepat jam 9.00 pagi


Dah dapat seorang sahabat pengakap ye Aiman.























Keputusan ;

1. Jaya Prakash - Emas

2. Hema Loshinii - Emas

3. Hazimin - Perak

4. Norizwan - Perak

5. Hazim Aiman - Emas

6. Zahra - Emas

Hebat anak-anak PPKI SMK Mambau. Berjaya mendapat 4 Sijil Pencapaian Emas dan 2 Sijil Pencapaian Perak.

Tahniah semua.!!!! HEBAT! 

Sangat memberi kerjasama kepada guru-guru pengiring dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberi walaupun kasut masing-masing dah habis berlumpur kerana keadaan padang yang lecak akibat hujan lebat malam tadi.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Moga memberi pengalaman dan pengetahuan kepada anak-anak yang terlibat. 

Terima kasih kepada guru-guru pengiring yang membawa, mengurus dan membimbing murid-murid iaitu Cikgu Nanthamalar dan Cikgu Malini.

Jasamu dikenang.

Tuesday 20 September 2022

PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU PENDIDIKAN KHAS DAN PROGRAM AMBANG MERDEKA

 20 September 2022,  Selasa

Amanah yang diberi, 

Kami tak persiakan, 

Apa yang kami janji,

Tunai tetap kami tunaikan....


Dua baris terakhir lirik lagu Guru Malaysia di atas menjadi salah satu sebab majlis ini diadakan. 

Kami tunaikan janji kami kepada para pelajar di mana, setiap aktiviti pertandingan yang dianjurkan sepanjang Minggu Pendidikan Khas dan bulan kemerdekaan, hadiah akan diberikan kepada para pemenang. 

Penyertaan aktif para pelajar sepanjang program, komitmen yang mereka  berikan dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam menyiapkan sesuatu tugasan akan kami nilai dan penghargaan akan diberi kepada pemenang.

Jom kita lihat wajah-wajah pemenang di bawah....

Tahniah semua!!....sangat hebat....

Penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Cikgu Abdul Jelani bin Mohd Zin , Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Cikgu Margaret selaku pengacara majlis.





Lee Jia Jun

Cikgu Nuraisyah

Panevsha

Hazim

Norizwan

Hema

Ashwad



Brittany

Ah Yeong

Puan Farawahida

Dhiya

Ah Yeong

Lu Zhi Peng

Goh Fei Yip



Adam

Fatin








Jusakthii



Cikgu Nanthamalar



Jaya


Naveenther

Ada juga pelajar yang berjaya mendapat hadiah lebih daripada satu. Tahniah diucapkan.