Saturday 24 September 2022

NS SCOUT SKILLS CHALLENGE

 24 September 2022, Sabtu

Tempat : SMK Datuk Abdullah (SEMENDA) Rembau

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Program  NS Scout Skills Challenge ini merupakan salah satu program / aktiviti Pengakap yang berlangsung sempena Program Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rembau dengan Kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Rembau serta Majlis Belia Daerah Rembau.

Seramai 6 orang ahli pengakap PPKI SMK Mambau telah menyertai program ini.

1. Jaya Prakash

2. Hema Loshinii

3. Hazimin

4. Norizwan

5. Hazim Aiman

6. Zahra

Seawal jam 7.15 pagi, murid-murid berkumpul di bus stop sekolah. 

Tiba di sana sekitar jam 8.45 pagi.

Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi.

Ahli Pengakap dibekalkan dengan kad aktiviti dan perlu menyiapkan 9 tugasan dan kemudian mendapatkan cop pengesahan untuk menuntut sijil pencapaian.

Sijil pencapaian :

200 Pencapaian Emas

300 Pencapaian Perak

500 Pencapaian Gangsa

8 Booth dibuka:

1. Booth 1- Hoki Zig Zag

2. Booth 2 - Congkak Gergasi

3. Booth 3 - Phonetic Alphabet

4. Booth 4 - Baling Pundi Kacang

5. Booth 5 - Balo jaring One Shot

6. Booth 6 - Ring

7. Booth 7 - Kim Games

8. Booth 8 - Dart


Satu lagi tugasan iaitu tugasan ke 9 ialah Sahabat Pengakap.

Misi ahli pengakap kami ialah semestinya SIJIL PENCAPAIAN EMAS!

Berjayakah anak-anak PPKI kami??

Sarapan pagi


Aktiviti bermula tepat jam 9.00 pagi


Dah dapat seorang sahabat pengakap ye Aiman.























Keputusan ;

1. Jaya Prakash - Emas

2. Hema Loshinii - Emas

3. Hazimin - Perak

4. Norizwan - Perak

5. Hazim Aiman - Emas

6. Zahra - Emas

Hebat anak-anak PPKI SMK Mambau. Berjaya mendapat 4 Sijil Pencapaian Emas dan 2 Sijil Pencapaian Perak.

Tahniah semua.!!!! HEBAT! 

Sangat memberi kerjasama kepada guru-guru pengiring dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberi walaupun kasut masing-masing dah habis berlumpur kerana keadaan padang yang lecak akibat hujan lebat malam tadi.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Moga memberi pengalaman dan pengetahuan kepada anak-anak yang terlibat. 

Terima kasih kepada guru-guru pengiring yang membawa, mengurus dan membimbing murid-murid iaitu Cikgu Nanthamalar dan Cikgu Malini.

Jasamu dikenang.

No comments:

Post a Comment