Wednesday, 14 September 2022

LAWATAN KE MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

 14 September 2022, Rabu

Seawal jam 7.45 pagi, kami menaiki bas menuju ke Port Dickson. Tempat pertama yang kami tuju ialah Pantai Cahaya Negeri kerana kami difahamkan muzium dibuka pada pukul 10.00 pagi.

Aktiviti di Pantai Cahaya Negeri ialah riadah pagi iaitu berjalan kaki ke  Pulau Burung. Ada laluan khas yang dibina menghubungkan Pantai Cahaya Negeri  dengan Pulau Burung.

Pulau Burung ini mempunyai keluasan 2.5 hektar dan merupakan salah satu daripada Hutan Paya Laut yang wujud di Port Dickson Negeri Sembilan. Terdapat 3 spesies pokok bakau di kawasan ini iaitu  api-api putih  (Avecennia alba), bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan bakau kurap ( Rhizophora  mucronata).

Selain itu, terdapat juga menara tinjau di Pulau Burung ini.

Sesi bergambar sebelum menaiki bas dahjadi perkara wajib setiap kali nak pergi jalan..hehe


Sedondon baju merah biru tshirt baru PPKI tahun 2022






Amboi, anak dara 2 orang ni.

Murid-murid dibekalkan dengan roti sebagai alas perut


Dah sampai di Pantai Cahaya Negeri

Jom ikut kami ke Pulau Burung.

Arahan daripada Cikgu Aisyah supaya jalan beriringan dua orang sahaja pada satu masa demi keselamatan murid.

Jambatan nak ke menara tinjau ini tiada penghadang di kiri dan kanan.


Inilah menara tinjau yang disebutkan tadi.



Di atas menara tinjau.







Cuaca agak panas walaupun jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi















Ni la Brittany, murid terpaling ramah di PPKI SMK Mambau.

Izwan , murid tahun akhir kami.


Selesai beriadah ke Pulau Burung, kita bakar lagi kalori dengan aktiviti khidmat masyarakat iaitu membersihkan kawasan pantai.

Setiap murid dibekalkan dengan sarung tangan plastik dan plastik sampah. Murid-murid perlu mengutip  sampah yang mencemarkan pemandangan dan mengotorkan kawasan pantai kita. Semoga dengan aktiviti sebegini dapat mewujudkan kesedaran dalam diri murid-murid agar mencintai alam sekitar.




Puan Khamisah membantu Hazimin memakai glove






Main pasir lagi seronok daripada kutip sampah...hurmmmm layannnnnn..




Letih sangat nampak gayanya ni...

Dah penat berjalan kaki, beriadah, dan membersihkan kawasan pantai, perut pun dah mula lapar.

Jom kita pergi makan dulu..



Walaupun kedai makan hanya diseberang jalan Pantai Cahaya Negeri, tapi kami menaiki bas kerana selepas itu, kami terus bergerak ke muzium.

Suasana di kedai makan pula, sesi guru-guru dan kakak-kakak PPM melayan anak-anak masing-masing. Nasib baik waktu ni di kedai tu orang tidak ramai dan boleh dikatakan hanya kami yang memenuhi meja makan yang ada di situ. 
Ini memudahkan kami memantau murid-murid kami. 
Bermula dengan memilih makanan, order air sehinggalah selesai makan dan membuat pembayaran di kaunter. 
Setiap murid dibekalkan dengan duit belanja sebanyak RM15.00 seorang. 

Cikgu Farah dan Cikgu Azean bantu order minuman pelajar.



Fei Yip nak order ape tu sampai berbisik kat telinga Cikgu Margaret.

Beratur memilih makanan sambil dipantau oleh Puan Fara

Sneha dah garu kepala tak tahu nak pilih lauk yang mana satu...











Habis cerita di pantai dan di kedai makan......

Semua dah selesai makan, perut pun dah kenyang...Jom kita ke destinasi terakhir iaitu Muzium Tentera Darat. Muzium ni terletak lebih kurang 300 meter je dari kedai makan tu.

Muzium Tentera Darat ini terletak bersebelahan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdsarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Muzium ini mempunyai tiga galeri utama. Antaranya, sejarah lengkap tentera dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Galeri Portugis dan Belanda, Galeri British, Galeri Penubuhan Askar Melayu, Galeri Pra Kemerdekaan, Galeri Era Kemerdekaan, Galeri Tentera Darat Hari Ini dan Galeri Sumbangan Tentera Darat.

Di luar bangunan ini, dibina satu terowong sepanjang 142 meter, sarat dengan penceritaan Parti Komunis Malaya (PKM) merentasi Blok B ke Hutan Kampung, 'penempatan' ikhtiar hidup dipenuhi tanaman, pokok dan jambatan gantung. Dalam terowong itu, terdapat bahagian bilik bedah, ruang pengawal, barang pameran dan persenjataan yang dirampas PKM suatu ketika dahulu.

Bagi segmen Pameran Luar orang ramai boleh menyaksikan peralatan dan kenderaan yang pernah digunakan oleh pasukan keselamatan dan Tentera Darat.

Tugu Peringatan Tentera Darat turut dibina bagi memperingati jasa pahlawan yang meninggal dunia. Struktur utama melambangkan sempadan negara yang dikelilingi lima anak tugu berukir nama emas lebih 950 wira yang ‘gugur’ demi mempertahankan kedaulatan negara sejak tertubuhnya TDM. Lima anak tugu juga bermaksud lima teras Rukun Islam, Rukun Negara dan Ikrar Kesatria.

Terdapat juga gerabak kereta api, kereta kebal, kereta api, kapal terbang dan kenderaan lama lain di kawasan luar muzium.






Yang di belakang itulah tugu peringatan yang terukir nama wira negara yang "gugur" sejak tertubuhnya TDM






Sesi taklimat  yang disampaikan oleh seorang pegawai tentera yang bertugas di situ sebelum kami masuk melawat galeri di dalam bangunan muzium tersebut.












Tergelak besar Cikgu Aisyah tengok aksi Ah Yeong.






Berkaca mata ni ialah Jia Jun, #peminatsenjata





Jambatan gantung di penempatan ikhtiar hidup.

Jom kita masuk terowong pula...












Bergerak pulang ke sekolah

Di bus stop sekolah, menunggu ibu bapa menjemput anak kesayangan masing-masing


Tidak perlu di tanya seronok atau pun tidak kerana keseronokan itu sudah terpancar jelas di wajah masing-masing...

Ok semua, selamat berehat di rumah setelah penat berjalan hari ni.. Esok jangan lupa mai sekolah na..


No comments:

Post a Comment