Friday 27 November 2015

Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau 2015

20 November 2015

Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau telah diadakan di Teratai Seafood Restaurant, Seremban 2. Matlamat Hari Anugerah Kualiti  adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan para murid Pendidikan Khas, para pendidik Pendidikan Khas dan ibu bapa di atas tanggungjawab dan keprihatinan yang telah ditunjukkan. Kesungguhan para murid, perjuangan guru-guru dan keprihatinan ibu bapa patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia. 

Tetamu VIP yang telah hadir ialah Ketua Sektor Pendidikan Khas, Encik Nek Ezar Bin Ismail..Pegawai PPD Daerah Seremban, Encik Azmir Bin Majid, dan YDP PIBG SMK Mambau, Encik Jafri Bin Muskiman.

Terdapat pelbagai acara yang telah disusun oleh jawatankuasa kerja sepanjang majlis berlangsung antaranya majlis makan mlm, penyampaian anugerah, sambutan hari jadi dan cabutan bertuah...semua berasa sangat gembira semasa majlis dijalankan....

PPKI SMK Mambau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau 2015....




















Tuesday 3 November 2015

PROGRAM KEMAHIRAN INTEGRASI-PASUKAN UNIFORM PPKI


27-28 OKTOBER 2015

Program Pertandingan Kemahiran Intergrasi – Pasukan Uniform adalah sebahagian daripada program yang dibiayai sepenuhnya Bahagian Pendidikan Khas,KPM yang perlu dilaksanakan oleh Program Pendidikan Khas Intergrasi PPKI SMK Mambau.



SELASA         -              27 OKTOBER.2015

08.00 am         Pendaftaran
                        Taklimat  ( Ketua Program )
Pembahagian kumpulan

08.15am          Taklimat dan Tunjukcara Mendirikan Khemah

09.30 am         Minum pagi

10.00 am         Taklimat dan Tunjukcara Membuat Ikatan & Simpulan        
                                   
11.15 am         Taklimat dan Tunjukcara Membuat Gajet 

12.30 am         Bersurai


RABU             -           28 OKTOBER 2015

08.10 am         Persiapan Pertandingan
           
08.15am          Pertandingan Mendirikan Khemah

09.00 am         Minum pagi

09.30 am         Pertandingan Membuat Ikatan dan Simpulan           
                                   
11.15 am         Pertandingan Membuat Gajet

12.30 pm         Acara penutup dan penyampaian hadiah

Diharapkan perlaksanaan program  ini memberi kesan positif kepada murid dalam hidup berdikari dan menikmati kehidupan seperti murid biasa yang lain. Diharapkan juga dengan adanya perkhemahan ini, murid akan menjadi lebih cergas dan cerdas dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang.meningkatkan keupayaan dengan sempurna dalam kehidupan seharian mereka.