Friday 27 November 2015

Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau 2015

20 November 2015

Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau telah diadakan di Teratai Seafood Restaurant, Seremban 2. Matlamat Hari Anugerah Kualiti  adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan para murid Pendidikan Khas, para pendidik Pendidikan Khas dan ibu bapa di atas tanggungjawab dan keprihatinan yang telah ditunjukkan. Kesungguhan para murid, perjuangan guru-guru dan keprihatinan ibu bapa patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia. 

Tetamu VIP yang telah hadir ialah Ketua Sektor Pendidikan Khas, Encik Nek Ezar Bin Ismail..Pegawai PPD Daerah Seremban, Encik Azmir Bin Majid, dan YDP PIBG SMK Mambau, Encik Jafri Bin Muskiman.

Terdapat pelbagai acara yang telah disusun oleh jawatankuasa kerja sepanjang majlis berlangsung antaranya majlis makan mlm, penyampaian anugerah, sambutan hari jadi dan cabutan bertuah...semua berasa sangat gembira semasa majlis dijalankan....

PPKI SMK Mambau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau 2015....




















No comments:

Post a Comment