Tuesday 31 January 2017

PERTANDINGAN TIUPAN WARNA DAN KALIGRAFI SEMPENA TAHUN BARU CINA


25 JANUARI 2017

Seramai 18 orang murid PPKI telah terlibat dengan pertandingan tiupan warna dan 3 orang murid PPKI terlibat dengan pertandingan kaligrafi yang diadakan di dewan terbuka SMK Mambau sempena Program Diambang Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah.

Pemenang bagi pertandingan tiupan warna ialah :

1. Wong Siow Wei  ( Johan )
2. Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi ( Naib Johan )
3. Kirthana A/P Sivasanger ( Tempat Ketiga )

Semua murid yang terlibat sangat seronok melakukan aktiviti tersebut. Program ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan kepada murid-murid tentang budaya pelbagai bangsa yang ada di Malaysia dan mengeratkan hubungan antara kaum.

SUASANA AKTIVITI TIUPAN WARNA








SUASANA AKTIVITI KALIGRAFI







MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HAMPER TAHUN BARU CINA


25 JANUARI 2017

Penyampaian sumbangan hamper kepada semua murid PPKI yang berbangsa Cina ini telah diadakan di dewan PPKI. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Ibu bapa dan penjaga murid-murid yang berbangsa Cina turut dijemput hadir dalam majlis ini. 
Aturcara majlis adalah seperti berikut:

             11.50 pagi            : Murid berkumpul di dewan dan ketibaan ibu bapa
             11.55 pagi            : Ketibaan Tuan Hj Nor Hashim Bin Othman  (Pengetua)
             12.00 tengah hari : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
                                        : Ucapan En Zabid Bin Omar (Wakil PK PPKI)
                                        : Ucapan Pengetua
                                        : Penyampaian sumbangan
                                        : Penyampaian cenderahati kepada Tuan Pengetua
                                        : Sesi bergambar
                                        : Bersurai


Majlis yang sederhana tetapi meriah. Jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak istimewa ini khususnya yang berbangsa Cina. Murid-murid yang lain turut merasai suasana kegembiraan tersebut. Limau mandarin juga diagihkan kepada semua murid PPKI.

PPKI SMK Mambau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dalam majlis ini.




Ibu bapa dan penjaga yang hadir


Ucapan oleh En Mohd Zabid selaku wakil PK PPKI




Ucapan oleh Tuan Pengetua, Tuan Hj Nor Hashim Bin Othman


PENYAMPAIAN HAMPER....











Penyampaian cenderahati oleh PK PPKI Cik Hjh Rahimah kepada Tuan Pengetua


SESI BERGAMBAR 


Saturday 21 January 2017

Majlis Perpisahan Pn. Rohaya Binti Bidin


 19 Januari 2017

Hari ini PPKI SMK Mambau berdukacita kerana akan kehilangan seorang guru PPKI yang sangat berkaliber dan berpengalaman iaitu Pn Rohaya Binti Bidin... Pn. Rohaya Binti Bidin akan bertukar ke SMK Warisan Puteri sebagai Penyelaras PPKI di sana nanti..

Kami warga PPKI SMK Mambau mendoakan kebahagiaan buat Puan Rohaya Binti Bidin..Semoga beliau terus berjaya di sekolah baru dan terus berkongsi ilmu kepada anak-anak PPKI yang lain...Diharap Puan Rohaya Binti Bidin tidak melupakan kami di sini..










Monday 9 January 2017

PROGRAM MINGGU SUAI KENAL TINGKATAN SATU, PERALIHAN DAN PPKI

Program ini diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan iaitu pada 3 - 5 Jan 2017 (Selasa hingga Khamis). Sasaran program ini adalah semua murid-murid tingkatan satu, peralihan dan murid baru PPKI.

Seramai 5 orang murid baru PPKI telah mengikuti program yang berlangsung selama 3 hari ini. Lima orang murid tersebut ialah Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi, Hema Loshini A/P Veeramany, Muhammad Nabil Akmal Bin Abu Bakar, Muhammad Ikhwan Nurhakim Bin Bosri dan Muhammad Zul Aizad Bin Othman.







Tuesday 3 January 2017

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2017


ALHAMDULILLAH...

Bersua di lembaran baru tahun 2017.
Pendaftaran pelajar baru ini telah diadakan pada 31 Disember 2016 (Sabtu). Pada tahun ini, PPKI SMK Mambau menerima  seramai 5 orang pelajar baru iaitu 4 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India. Salah seorang daripada murid baru itu adalah murid inklusif.