Wednesday 31 October 2018

PROGRAM PERJUANGAN KASIH - PROGRAM SEHARI BERSAMA KPJ

Selasa, 30 Oktober 2018 melakarkan satu detik bersejarah di PPKI SMK Mambau apabila kami dikunjungi oleh CEO serta kakitangan KPJ Seremban melalui Program Sehari Bersama KPJ Seremban salah satu program yang telah dirangka sempena Program Perjuangan Kasih. 

Sedikit perkongsian mengenai KPJ, ia merupakan sebuah hospital swasta yang terletak di Kemayan Square, Seremban menawarkan perkhidmatan perubatan lengkap termasuk 24jam perkhidmatan kecemasan.

Program Perjuangan Kasih pula merupakan aktiviti untuk Murid Berkeperluan Khas selepas tamat peperiksaan akhir tahun supaya masa mereka dapat diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mengekalkan momentum pembelajaran dengan baik. Aktiviti yang di jalankan juga dapat menaikkan semangat mereka untuk datang ke sekolah setiap hari sehinggalah cuti penggal akhir persekolahan bermula. Aktiviti ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada ponteng sekolah dan membuang tanggapan bahawa hadir ke sekolah selepas peperiksaan akhir tahun adalah membazir masa.

Ucapan dari Pengetua Cemerlang Tn. Hj Norhashim bin Othman.

CEO KPJ Seremban - Puan Maisarah binti Omar memberikan ucapan.

Program Sehari Bersama KPJ Seremban dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Hand Washing Day with Special Population by Prevention & Control of Infection Team. Selesai ceramah, kami di ajar secara praktikal teknik membasuh tangan yang betul. Daripada situ baru lah kami sedar bahawa rupa-rupanya selama ini kami membasuh tangan secara 'ala kadar' dan masih banyak bakteria dan kuman yang masih tertinggal 😲😱😰.


Ceramah bermula.


Jom cuci tangan dengan bersih



Selesai slot itu, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan dana untuk PPKI
serta sumbangan sepasang kasut sekolah kepada semua pelajar. Tergambar kegembiraan dan keterujaan di wajah mereka bila mendapat kasut baru. Terima kasih KPJ 💓.




















Program diselang-selikan pula dengan ceramah Movement for Health oleh pakar fisioterapi terlatih manakala bagi pelajar low function mereka diberikan 'speech therapy' dan 'accupational therapy'.  







video untuk mengetahui lebih lanjut cara terapi ini dijalankan.

Program menjadi gamat dengan kehadiran Dr. Kiki  iaitu maskot kucing berpakaian seorang doktor dengan tarian Chicken Dance dan Baby Shark nya. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra dengan Dr. Kiki yang comel itu.



'Kiki...do you love me' 😋😊😂




















Pihak KPJ Seremban turut bermurah hati membawa KFC, gift dan kek. Yumalraj menjadi orang yang paling bertuah kerana kebetulan hari ini merupakan hari lahirnya, wahhhh untung lerrrr ðŸ˜œðŸ˜ŠðŸ˜—


HAPPY BIRTHDAY YUMAL...umur... ishhh... rahsia 😜










Dengan itu berakhirlah sudah program Sehari Bersama KPJ Seremban dan kami berharap ini bukanlah program yang terakhir KPJ Seremban bersama dengan kami di PPKI SMK Mambau. Terima kasih yang tidak terhingga diatas segala sumbangan dan ilmu yang dikongsikan. Kami memohon maaf di atas sebarang kekurangan sepanjang program ini berlansung.






Sunday 28 October 2018

PERKHEMAHAN 1ST AGOONOREE NEGERI SEMBILAN 2018

Agoonoree lagi?

Haaa...yang bulan Mac aritu di Johor adalah Perkhemahan Agoonoree Peringkat Antarabangsa.. tapi yang ni adalah Perkhemahan Agoonoree Peringkat Negeri Sembilan.  Diadakan dalam daerah  Negeri Sembilan je iaitu di Pusat Kokurikulum Daerah Kuala Pilah, (SK Dangi). Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 23 - 25 Oktober 2018.

Dalam kesibukan pelbagai program dihujung tahun ni dan ditambah pula dengan peperiksaan akhir tahun, namun PPKI SMK Mambau tetap tidak melepaskan peluang untuk menyertai perkhemahan ini. Seramai 7 orang murid bersama 3 orang guru pengiring telah menyertainya bagi mewakili daerah Seremban iaitu :

1. Rumitthira A/P Veeramany
2. Hema Loshini A/P Veeramany
3. Jethro Chan Jian Zhi
4. Nurul Farhana Binti Joy Dzulkarnain
5. Muhammad Daniel Haiqal Bin Hamdan
6. Muhammad Norizwan Bin Ramli
7. Navanithan A/L Wilson

Manakala, gurunya pula ialah Puan Shahina Ashikeen Binti Haji Jamil, Cik Siti Noroni Binti Omar dan Puan Nanthamalar A/P Supramaniam.

Perkhemahan ini melibatkan penyertaan murid-murid PPKI dari 6 daerah iaitu daerah Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah , Jempol Jelebu dan Tampin. Kesemua peserta adalah seramai 88 orang.

Walaupun perkhemahan ini lebih berfokus kepada murid tetapi guru pengiring perlu turut sama bantu urus aktiviti dan tidur dalam khemah bersama murid. 

Kalau dah namanya khemah, siang hari penuh kepanasan dan malam hari teramatlah sejuk..

Tetapi pengalaman dan keseronokannya tidak akan dapat dilupakan. 




23 OKTOBER 2018

Kami bertolak dari SMK Mambau pada pukul 9.30 pagi dan sampai di tempat perkhemahan pada pukul 10.50 pagi. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit agak mencabar dan menguji kesabaran juga  kerana lalu di kawasan kampung yang jalannya tidak secantik lebuhraya (highway)..berliku, berbukit dan kadangkala perlu memandu 50 - 60km/j kerana terpaksa mengekor di belakang lori dan sukar untuk memotong. 
Apapun, alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi mengikut masa yang ditetapkan. 
Pandu cermat jiwa selamat.

Setelah mendaftar, murid diarahkan untuk terus ke tapak perkhemahan daerah Seremban untuk mendirikan khemah.

Sekolah kami telah memasang 3 buah khemah. Satu khemah untuk 4 orang murid lelaki , satu khemah lagi untuk 3 orang murid perempuan dan satu lagi khemah untuk guru-guru.

Tapi khemah guru dipasang oleh murid-murid. terima kasih ye anak-anak..hehe

Budaya saling tolong menolong antara satu sama lain dapat dilihat di sini. Setelah selesai murid lelaki memasang khemah, tanpa disuruh atau diarahkan, mereka datang membantu murid perempuan.

Haaa... nampak tak panas terik di situ.


4 orang murid lelaki PPKI SMK Mambau berkerjasama mendirikan khemah.


Senyuman kepuasan di hadapan khemah yang telah berjaya didirikan..
Kemudian, semua peserta di minta ke dewan terbuka untuk aktiviti yang seterusnya iaitu ice breaking.

Sebelum itu, murid-murid telah dibekalkan dengan kit agoonoree iaitu skaf, tag dan kad aktiviti. Seperti kebiasaannya, mereka perlu melakukan kesemua aktiviti sepanjang perkhemahan dan melengkapkan kad aktiviti dengan mendapatkan cop daripada jurulatih setiap aktiviti.






Selepas itu, murid-murid makan tengah hari dan solat Zuhur serta menukar pakaian untuk aktiviti sukan rakyat yang akan bermula pada pukul 2.30 petang.
Antara aktiviti sukan rakyat ialah, musang berjanggut, terompah gergasi, baling tin, lompat getah dan berbagai lagi.










Sukan rakyat tamat pada pukul 5.00 petang. Semua murid minum petang, solat asar, dan mandi.

Selesai solat asar, kami gunakan sedikit masa yang ada untuk menyiapkan gajet perkhemahan.
PPKI SMK Mambau telah ditugaskan untuk membuat gajet dapur. Pembahagian gajet ini dibuat mengikut sekolah yang menyertai bagi daerah Seremban. Ini kerana, tapak perkhemahan dibahagikan mengikut daerah.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Tn Hj Mohd Zabid atas kesudian beliau membantu kami dalam menyediakan bahan dan alatan serta mengajar cara membuat, mengikat dan memasang gajet perkhemahan tersebut. Semua ini dilakukan dalam masa 3 hari sebelum perkhemahan.







Setelah siap, semua murid menguruskan diri masing-masing, mandi, tukar pakaian, solat maghrib bagi murid beragama Islam dan makan malam serta solat Isyak. 

Tepat jam 9.00 malam, semua peserta berkumpul di dewan terbuka untuk aktiviti Malam Pengakap.

Malam pengakap tamat jam 11.00 malam. Selepas minum malam semua peserta bergerak ke khemah masing-masing untuk tidur.

Selesai aktiviti pada hari pertama perkhemahan.......



24 OKTOBER 2018

Tepat jam 5.00 pagi, siren dibunyikan bagi mengejutkan peserta supaya bangun, mandi dan persiapkan diri serta solat Subuh bagi peserta muslim.

Aktiviti selepas solat Subuh ialah aktiviti senaman dan sarapan pagi. Semua peserta perlu memakai uniform pengakap lengkap kerana ada pemeriksaan pagi oleh Tuan Nizam (PPMNS).

Pemeriksaan pagi dilakukan mengikut daerah dan markah akan diberikan. Setiap daerah perlu melantik seorang ketua, seorang penolong, seorang QM alatan dan seorang QM makanan. 


Persediaan untuk pemeriksaan pagi.


Ketua peserta daerah Seremban memberi laporan kepada Tuan Nizam.




Selesai pemeriksaan pagi, semua peserta berkumpul untuk istiadat menaikkan bendera.

Setelah selesai istiadat menaikkan bendera, semua peserta diarah untuk menukar pakaian aktiviti bagi aktiviti yang seterusnya iaitu flying fox, halangan , dan kemahiran pengakap. Ketiga-tiga aktiviti ini akan berjalan serentak . Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan besar untuk 3 stesen yang berbeza.

Kumpulan 1 - Stesen flying fox
Kumpulan 2 - Stesen halangan
Kumpulan 3 - Stesen kemahiran pengakap (ikatandan simpulan, pertolongan cemas dan kompas)

Kemudian, setelah selesai di satu stesen , kumpulan tersebut akan bergerak ke stesen yang berikutnya pula dan begitulah seterusnya agar semua peserta dapat melibatkan diri dalam ketiga-tiga stesen tersebut.

Di stesen fying fox, aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih kem pusako yang berpengalaman. Aspek keselamatan amatlah dititikberatkan. Taklimat diberikan terlebih dahulu kepada peserta sebelum aktiviti dijalankan.














Cikgu Siti Noroni dan Cikgu Nanthamalar dah ready nak terbang..hehe.

Di stesen kemahiran pengakap pula, peserta diajar cara membuat ikatan dan simpulan seperti ikatan buku sila, bunga geti, manok, tindih kasih dan seraya. Setiap ikatan yang diajar mempunyai fungsi yang tertentu.

Peserta turut di ajar cara membuat anduh dan cara menggunakan kompas. Kedua-dua aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan.







Cara menggunakan kompas

Manakala di stesen halangan pula, aktiviti dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih kem pusako. terdapat 5 jenis halangan yang perlu dilakukan oleh setiap peserta.


















Ketiga-tiga aktiviti ini tamat pada jam 12.30 tengah hari. Semua peserta makan dan solat Zuhur.

Pada pukul 2.00 petang, semua peserta dikehendaki berkumpul semula di dewan terbuka untuk taklimat aktiviti seterusnya iaitu aktiviti Explorace.....

Dalam aktiviti explorace ini, peserta bergerak dalam kumpulan kecil dan mereka perlu menyiapkan semua tugasan yang telah ditetapkan di setiap stesen. Aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih pengakap negeri.

Hasil tugasan peserta setiap kumpulan akan dinilai dan diberi markah.












Setelah aktiviti explorace tamat pada pukul 5.30 petang, semua peserta minum petang, solat asar, mandi, solat maghrib , makan malam dan solat Isyak.

Berkumpul semula di dewan terbuka pada jam 9.00 malam untuk Malam Kebudayaan.

Pada malam kebudayaan, setiap daerah perlu membuat persembahan tarian seperti tarian zapin, inang, joget atau asli ATAU kombinasi mana-mana dua tarian tersebut. Bagi persembahan tarian ini, ia adalah berbentuk pertandingan dan dinilai oleh tiga orang juri. Enam orang peserta dari SMK Bukit Kepayang mewakili daerah Seremban dalam pertandingan tarian ini. Kombinasi tarian yang dipersembahkan oleh mereka ialah zapin dan joget.




Malam kebudayaan ini tamat pada pukul 11.00 malam. Selepas minum malam, semua peserta ke khemah masing-masing untuk tidur.

Tak sampai 15 minit semua tapak kem pusako senyap sunyi menandakan semua peserta sedang lena diulit mimpi. Ini mesti gara-gara aktiviti siang tadi. Haha..

Senang tugas kami, selaku guru pengiring yang tak perlu nak berleter menyuruh mereka tidur seperti malam sebelum ini.



25 OKTOBER 2018

Hari terakhir di bumi Dangi.....

Seperti biasa, tepat jam 5.00 pagi, siren dibunyikan bagi mengejutkan semua peserta supaya bangun, mandi dan persiapkan diri untuk solat dan kuliah Subuh.

Semua peserta perlu memakai uniform pengakap lengkap.

Selesai kuliah, peserta mengikuti aktiviti senaman. Kemudian bersarapan pagi sebelum berkumpul untuk istiadat menaikkan bendera.

Selesai istiadat, semua peserta bergotong-royong membuka khemah dan mengemas tapak perkhemahan.

Membuka gajet 


Membuka dan melipat khemah

Setelah selesai, pada jam 10.00 pagi semua peserta minum pagi dan taklimat serta raptai majlis penutup dijalankan.

Jethro (pengakap PPKI SMK Mambau) dilantik untuk mengetuai bacaan persetiaan pengakap semasa majlis penutup.

Taklimat sebelum majlis penutup


Raptai bacaan persetiaan pengakap oleh Jetro sambil dibimbing oleh Tuan Rahim selaku kem komanden perkhemahan Agoonoree NS

Barisan guru pemimpin pengakap.



Ucapan Tuan Nek Ezar, Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta Jabatan Pendidikan NS



Kontinjen pengakap Daerah Seremban.







Yeayyyy..dah boleh balik..senyuman kegembiraan dalam keletihan ...
Majlis penutup diakhiri dengan sesi bergambar dan selesai pada pukul 12.15 tengah hari.

Alhamdulillah , semuanya dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang 3 hari 2 malam di sini.

Tingkah laku dan disiplin murid terkawal dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang aktiviti perkhemahan ini.

Kami bertolak balik ke sekolah pada pukul 12.25 tengah hari dan sampai di sekolah pada pukul 1.45 tengah hari.

Tentunya dalam kepala masing-masing tidak kira guru mahupun murid, dah terbayang tilam empuk di rumah setelah dua malam tidur beralaskan kanvas khemah..hehe

Namun, keseronokan dan pengalaman sepanjang perkhemahan tidak dapat diperoleh di mana-mana dan semoga nilai-nilai murni dan kepimpinan yang diterapkan berjaya membentuk keperibadian anak-anak PPKI ini.

SALAM PENGAKAP!