Saturday, 27 October 2018

JOM JELAJAH PERAK - DAY 3 - 12/10/18

Hari ini merupakan hari terakhir lawatan kami di negeri Perak ini. Setelah  check out dari homestay, kami menuju ke bandar diraja Kuala Kangsar untuk melihat dan merasai sendiri  cara membuat labu sayong. 


Penyelaras dah kunci pintu...bye-bye Lavender Homestay ๐Ÿ˜”


Seawal jam 8.30 pagi kami sudah pun berada di sini.






Puan Liza pengusaha labu sayong di sini yang akan menunjukkan cara-cara membuat labu sayong.




Tanah liat yang digunakan untuk membuat labu sayong ini berasal dari satu tempat yang bernama Sayong, dari situ lah wujudnya nama Labu Sayong.


Tanah liat  terlebih dahulu dileraikan kepada ketulan-ketulan kecil.


Sesudah itu, tanah yang dicampurkan dengan air dan sodium dikisar dalam mesin pengisar. Sodium berfungsi untuk mengelakkan pasu mudah pecah.



Campuran tadi ditapis untuk mengeluarkan bendasing seperti kayu dan batu.


Tanah yang siap ditapis dituangkan ke dalam acuan pelbagai saiz dan bentuk.


Proses ini dilakukan berulang kali untuk mendapatkan saiz yang betul-betul sesuai, tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis. Jika tidak, pasu akan mudah pecah dan rosak.




Acuan dibiarkan selama 2 hingga 3 jam sehingga keras.



Setelah acuan dibuka, pasu yang masih lembut dibiarkan kering seharian sebelum proses seterusnya.


Proses kekemasan untuk melicinkan dan mewarnakan pasu menggunakan mesin.
Nampak mudah tapi harus berhati-hati dan teliti kerana pasu mudah pecah. Menurut Puan Liza yang mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang ini, beliau dapat memperkemaskan lebih dari seratus biji pasu dalam masa satu jam. Memang mahir kan ๐Ÿ‘๐Ÿ‘.

















Pasu yang telah siap dilicinkan dan diwarnakan akan diukir dengan motif yang menarik mengikut kreativiti pengukir .
Kemudian pasu yang siap di ukir akan melalui proses terakhir iaitu proses pembakaran .





Untuk program kali ini  kami bawa khas pengukir handalan dari Negori Sembilan... cikgu Roslan Ibrahim.




Nampaknya ukiran cikgu Azean tidak mencapai piawaian sifu ๐Ÿ˜

Cikgu Malini mengukir dengan penuh gaya ๐Ÿ˜Š

Cikgu Shahina cool and steady as always ๐Ÿ˜


Selepas itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bebas untuk mengukir pasu mengikut style dan citarasa sendiri. Kumpulan yang berjaya menghasilkan pasu yang paling kreatif dan menarik diberikan hadiah oleh pengusaha tempat ini, beliau juga turut membuat cabutan bertuah untuk pembeli yang bertuah.



































Selesai melihat proses pembuatan labu sayong  dan membeli ole-ole sebagai cenderahati, kami ke bandar Kuala Kangsar. Namun hasrat untuk melawat Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan tidak kesampaian kerana faktor masa dan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami dibawa bersiar-siar  ke Bukit Chandan dan dapat melihat Masjid Ubudiah,  Istana Iskandariah, Istana Kenangan dan Galeri Sultan Azlan Shah dari dalam bas sahaja.
Selepas itu kami singgah di  Lembah Sungai Perak untuk makan tengahari sebelum bertolak pulang pada jam 2.30 petang.









Dalam perjalanan pulang, kami singgah di rnr Tapah untuk solat dan membeli buah-buahan yang sinonim dengan negeri Perak iaitu jambu batu dan limau bali.

Kami tiba semula di SMK Mambau pada jam 9.00 malam. Selesai sudah program 3h2m Jom Jelajah Perak yang melakar kenangan dan pengalaman indah di dalam diari 2018 kami. Tahniah  dan terima kasih kepada penyelaras program and the gang  yang mengendalikan program ini dengan begitu baik sekali. Siapa kata Perak tak menarik ? Itu banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat kami lawati seperti Air Panas Sungai Klah, Pulau Pangkor, Teluk Batik,  Zoo Taiping, Menara Condong Teluk Intan dan kalau kami nak pergi semuanya mungkin perlu masa 7h6m ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Tahun depan kita menjelajah ke negeri mana pula ?  Sama-samalah kita nantikan,  moh kite rehat dulu ler yeop ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

No comments:

Post a Comment