Selasa, 30 Oktober 2018 melakarkan satu detik bersejarah di PPKI SMK Mambau apabila kami dikunjungi oleh CEO serta kakitangan KPJ Seremban melalui Program Sehari Bersama KPJ Seremban salah satu program yang telah dirangka sempena Program Perjuangan Kasih.
Sedikit perkongsian mengenai KPJ, ia merupakan sebuah hospital swasta yang terletak di Kemayan Square, Seremban menawarkan perkhidmatan perubatan lengkap termasuk 24jam perkhidmatan kecemasan.
Program Perjuangan Kasih pula merupakan aktiviti untuk Murid Berkeperluan Khas selepas tamat peperiksaan akhir tahun supaya masa mereka dapat diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mengekalkan momentum pembelajaran dengan baik. Aktiviti yang di jalankan juga dapat menaikkan semangat mereka untuk datang ke sekolah setiap hari sehinggalah cuti penggal akhir persekolahan bermula. Aktiviti ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada ponteng sekolah dan membuang tanggapan bahawa hadir ke sekolah selepas peperiksaan akhir tahun adalah membazir masa.
Ucapan dari Pengetua Cemerlang Tn. Hj Norhashim bin Othman. |
CEO KPJ Seremban - Puan Maisarah binti Omar memberikan ucapan. |
Program Sehari Bersama KPJ Seremban dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Hand Washing Day with Special Population by Prevention & Control of Infection Team. Selesai ceramah, kami di ajar secara praktikal teknik membasuh tangan yang betul. Daripada situ baru lah kami sedar bahawa rupa-rupanya selama ini kami membasuh tangan secara 'ala kadar' dan masih banyak bakteria dan kuman yang masih tertinggal 😲😱😰.
Ceramah bermula. |
Jom cuci tangan dengan bersih |
Selesai slot itu, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan dana untuk PPKI
serta sumbangan sepasang kasut sekolah kepada semua pelajar. Tergambar kegembiraan dan keterujaan di wajah mereka bila mendapat kasut baru. Terima kasih KPJ 💓.
Program diselang-selikan pula dengan ceramah Movement for Health oleh pakar fisioterapi terlatih manakala bagi pelajar low function mereka diberikan 'speech therapy' dan 'accupational therapy'.
video untuk mengetahui lebih lanjut cara terapi ini dijalankan. |
Program menjadi gamat dengan kehadiran Dr. Kiki iaitu maskot kucing berpakaian seorang doktor dengan tarian Chicken Dance dan Baby Shark nya. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra dengan Dr. Kiki yang comel itu.
'Kiki...do you love me' 😋😊😂 |
Pihak KPJ Seremban turut bermurah hati membawa KFC, gift dan kek. Yumalraj menjadi orang yang paling bertuah kerana kebetulan hari ini merupakan hari lahirnya, wahhhh untung lerrrr 😜😊😗
HAPPY BIRTHDAY YUMAL...umur... ishhh... rahsia 😜 |
Dengan itu berakhirlah sudah program Sehari Bersama KPJ Seremban dan kami berharap ini bukanlah program yang terakhir KPJ Seremban bersama dengan kami di PPKI SMK Mambau. Terima kasih yang tidak terhingga diatas segala sumbangan dan ilmu yang dikongsikan. Kami memohon maaf di atas sebarang kekurangan sepanjang program ini berlansung.
No comments:
Post a Comment