Adat dan lumrah kehidupan..
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Begitulah rentetan perjalanan..
Walau sukar untuk ditelan..
Tetapi kaki perlu mengorak langkah..
Selagi hayat dikandung badan..
Bagi meneruskan perjuangan kehidupan..
5 Mei 2015 melangkah masuk untuk berkhidmat di PPKI SMK Mambau...
5 Oktober 2018 berakhirnya perkhidmatan di SMK Mambau...
menandakan bermulanya kerinduan anak-anak PPKI SMK Mambau kepada insan yang bernama Norhayati Binti Mohd Salimin...
Puan Norhayati akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Selekoh, Bagan Datuk Perak Darul Ridzuan.
Terima kasih atas khidmat bakti membantu mengurus anak-anak PPKI serta ribuan terima kasih atas kesudian membantu guru-guru sepanjang berada di PPKI SMK Mambau . Jasamu dikenang. Didoakan semoga terus cemerlang ditempat baru dan harap kenangan bersama kami di sini terus terpahat di hati.
Jamuan perpisahan telah diadakan di Strada Coffee Seremban2 pada 4 Oktober 2018 (Khamis) pada pukul 2.30 petang.
Ucapan yang diraikan Pn Norhayati Binti Mohd Salimin |
Selesai di Strada Coffee, jamuan perpisahan bersambung lagi pada keesokan harinya, 5 Oktober 2018 (Jumaat) di sekolah pula..bersama-sama anak-anak PPKI SMK Mambau.
Majlis Jamuan Perpisahan ini bermula pada pukul 9.30 pagi di dewan PPKI SMK Mambau.
Di awal majlis, ditangan anak-anak PPKI dah siap sedia memegang hadiah untuk "Kak Nor" , kakak PPM tersayang...
Ucapan En Roslan (PK PPKI) |
Ucapan wakil pelajar ( Jethro Chan Jian Zhi ) |
Ucapan yang diraikan - Pn Norhayati |
Buat Pn Norhayati...
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Jasa budi mu jadi kenangan..
MOGA BERSUA LAGI.........
🌹🌹🌹🌹😘😘😘😘
ReplyDeleteAin
ReplyDelete