Baru 3 hari balik dari jelajah negeri Perak Darul Ridzuan...iaitu pada 12hb Oktober (Jumaat) lalu..
Hari ini, 16 Oktober 2018 (Selasa) kami pergi ke Jelebu pula..Kolej Komuniti Jelebu..
Alhamdulillah, kehadiran dan penyertaan murid sangat memuaskan.
Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan asas yang lengkap kepada murid secara teori dan praktikal dalam bidang pastri dan bakeri. Di mana murid-murid akan mengikuti kursus pendek dan diajar tentang cara-cara membuat muffin.
Dua jenis muffin iaitu Chocolate Chip Muffin dan Cranberry muffin.
Bermula jam 7.30 pagi, semua murid berkumpul didewan terbuka untuk sesi taklimat.
Selepas taklimat, murid-murid bersarapan bersama-sama sementara menunggu bas Kolej Komuniti Jelebu dan van sampai.
Lebih kurang pukul 8.10 pagi, bas dan van pun sampai.
Kami bertolak ke Kolej Komuniti Jelebu pada pukul 8.30 pagi.
Kami tiba di Kolej Komuniti Jelebu pada pukul 9.30 pagi dan disambut oleh Puan Shikin, salah seorang pensyarah Kolej Komuniti Jelebu dan dia membawa kami terus ke bengkel masakan.
Sampai dibengkel, murid-murid dibahagikan kepada 8 kumpulan oleh Cikgu Shahina Ashikeen selaku penyelaras program mengikut tahap keupayaan murid dan setiap kumpulan pula dibantu oleh guru-guru dan PPM.
Puan Norfaizah Binti Abu Bakar merupakan pensyarah yang mengajar murid-murid kami dalam pembuatan muffin sambil dibantu oleh 3 orang lagi pensyarah yang lain.
Puan Norfaizah (memakai apron) memerhati Yumal Raj (murid PPKI) menyukat minyak |
Adunan dimasukkan ke dalam cup sebelum dibakar |
Sebelum dibakar |
Setelah masak... |
Setelah selesai, semua alatan yang digunakan dicuci. |
Alatan yang telah dicuci perlu dilap menggunakan tuala sebelum disimpan. |
Muffin yang telah siap dimasak diagihkan kepada semua murid untuk dimakan dan dibawa pulang.
Pada pukul 1.30 tengah hari, murid-murid bergerak ke cafe untuk makan tengah hari.
Selepas makan, murid-murid Islam menunaikan solat Zohor di surau dibawah bimbingan Tuan Haji Mohd Zabid dan En Azean.
Tepat jam 2.10 petang, kami bertolak pulang ke SMK Mambau dan selamat sampai di sekolah pada pukul 3.05 petang.
Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT. Ribuan terima kasih pada semua guru dan PPM atas sumbangan masa dan tenaga dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Jelebu, Puan Norfaizah binti Abu Bakar selaku tenaga pengajar serta pensyarah-pensyarah yang lain atas kesudian menerima kehadiran kami dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid kami PPKI SMK Mambau.
Chocolate chip muffin...
500g tepung gandum
4 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonat
6tbsp serbuk koko
400g gula kastor
300g chocolate chip
500ml susu segar
4 biji telur
2tbsp esen vanila
180g minyak
Cranberry muffin
250g mentega
200g gula kastor
5 biji telur
500g tepung gandum
2tsp baking powder
250g susu segar
100g cranberry kering
1 tsp esen vanila
1 tsp garam
...................... SELAMAT MENCUBA ..............
No comments:
Post a Comment