Tanggal 10/10/18 - 12/10/18 merupakan tarikh program JOM JELAJAH PERAK 2018 bagi kami di PPKI SMK Mambau. Program yang telah dirancang rapi dan teliti oleh penyelaras program iaitu Puan Nuraisyah binti Rani dibantu oleh Puan Malini binti Zaki, Puan Norhayati binti Salimin serta Puan Nanthamalar berjaya merealisasikan impian kami untuk melihat bumi Perak Darul Ridzuan yang indah.
Para pelajar sangat teruja menanti tarikh 10/10/18 itu, namun kegembiraan bercampur sedikit kesedihan kerana Puan Norhayati atau mesra di sapa Kak Nor tidak dapat turut sama dalam program ini kerana telah berpindah beberapa hari sebelum program ini dijalankan.
Bertolak jam 6.45pagi dari SMK Mambau, singgah di RnR Jejantas Sungai Buloh untuk bersarapan pagi. Cuaca baik dan trafik lancar memudahkan lagi perjalanan.
Destinasi pertama kami ialah Gua Tempurung. Di situ kami mengambil pakej Tour 1 - Golden Flow Stone. Tour 1 ini adalah yang paling basic, tidak terlalu ekstrem, bersesuaian dengan pelajar kami. Bermula di pintu gua kami menyusuri laluan berbatu dan anak tangga sehingga ke platform ketiga dan berpatah balik menggunakan jalan yang sama. Ada lebih kurang tiga ratus lebih anak tangga untuk didaki, memang mencabar mujur tiada yang 'pancit'.
|
Gua Tempurung dari kejauhan |
|
Pintu masuk ke Gua Tempurung |
|
Bergambar sebelum memulakan ekspedisi meneroka Gua Tempurung |
|
Perjalanan menuju ke platform pertama. Ada 10 platfom kesemuanya ye kawan-kawan 👀 |
|
Cave Ranjer sedang memberi penerangan |
|
Ratusan anak tangga ...siapa gayat jangan pandang ke bawah 😨😨😨 |
|
Kagum... siapa lah yang bina anak-anak tangga ni 😞 |
|
Struktur dalam gua yang agak menyeramkan 😲 |
|
Titisan air selama beratus tahun mengubah struktur batuan disini, ada yang menyerupai anjing, wanita berambut panjang dan pelbagai bentuk lagi. Menarik tapi seram 😏 |
Selesai pendakian di Gua Tempurung, kami singgah di gerai makan berhampiran untuk makan tengahari sebelum lawatan diteruskan ke Gaharu Tea Valley, Gopeng .
Gaharu Tea Valley telah dibuka pada tahun 1992. Sebanyak lebih kurang 200,000 batang pokok gaharu ditanam di sini yang setiap batang mencecah ribuan ringgit. Dengan bayaran RM10 seorang, kami dibawa melawat ke 3 stesen yang berlainan dengan menaiki van yang telah di sediakan.
Stesen pertama adalah Stesen Viewing Stage (Tingkat Pemandangan ) dimana kami dapat menikmati panorama indah ladang gaharu yang sangat memukau dan mempersonakan.
Di sini kami juga dipertontonkan dengan tayangan video berkaitan dengan pokok gaharu dan penerangan tentang Gaharu Tea Valley . Gaharu atau nama saintifik nya Agarwood mempunyai banyak khasiat, dari daun hingga lah ke akarnya. Daun gaharu dijadikan teh hijau yang semakin digemari ramai kerana aroma nya yang harum, tanpa pengawet, perasa tiruan mahupun pewarna tiruan. Khasiatnya ialah mengawal penyakit gout, kencing manis dan darah tinggi. Ia juga bertindak sebagai anti oksida, menguatkan hati serta sistem saraf dalam badan.
Minyak kayu gaharu pula dapat menghasilkan bahan bermutu untuk dijadikan produk kosmetik. Manakala akar pokok gaharu dijadikan produk perubatan. Gaharu yang ditanam di sini lebih banyak dijadikan teh daripada dibuat wangian atau produk lain. Hasil tersebut di eksport ke negara Arab, Korea, Taiwan dan Cina.
|
Pintu masuk ke ladang gaharu |
|
Di kiri dan kanan jalan adalah pokok gaharu yang kebanyakkan ditanam sekitar tahun 2009 dan 2010. |
Stesen kedua ialah
Stesen Hugging Park ( Taman Peluk).
Di stesen ini kami berpeluang untuk memeluk pokok gaharu yang dipercayai dapat menghilangkan stress dan keresahan. Jadi masing-masing tak melepaskan peluang untuk mendakap pokok gaharu yang siap dilukis kreatif dengan motif binatang yang nampak sangat
cute 😜😜
Stesen ketiga dikenali sebagai
Stesen Lover's Tree (Pokok Cinta). Istimewanya tempat ini adalah kerana terdapat sepasang pokok tua yang saling berkait antara satu sama lain seperti pasangan bercinta. Oleh itu penduduk tempatan menamakan pokok ini sebagai Pokok Cinta. Menurut lagenda, jika pasangan bercinta berdoa di bawah pokok ini hasrat mereka akan termakbul.
|
Laluan cerun bertangga untuk menuju ke Pokok Cinta. |
|
Setiap anak tangga di cat dengan warna berlainan memberi impak yang sangat dramatis. |
|
Inilah Pokok Cinta atau Lover's Tree itu.💗💘💓 |
Perancangan kami untuk ke Kellie's Castle tidak kesampaian kerana kesuntukan waktu. Sebelum ke homestay, kami singgah di KFC Meru Raya untuk mengambil tajaan makanan. Terima kasih KFC.
Selesai aktiviti untuk hari ini, kita sambung esok dengan aktiviti yang lebih
best...Apa agaknya ye ??
No comments:
Post a Comment