Monday 22 November 2021

PROGRAM REFLEKSOLOGI REST & RELAX ( RENDAMAN KAKI )

         Program ini dikendalikan oleh MBK kelas KSSM VOKASIONAL BIJAK yang mempelajari subjek Kemahiran Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga. Objek program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada MBK dan mempraktikkan proses kerja urutan refleksologi kaki.

MBK menjalankan aktiviti rendaman kaki selama 15 minit bagi para MBK, guru dan PPM. Rendaman kaki adalah proses kerja yang dijalankan sebelum pelanggan diurut kaki. Garam rendaman di masukan ke dalam besen dan dilarutkan dalam air suam mengikut tahap kepanasan yang sesuai. Program ini amat berjaya dan para "pelanggan" memberi maklum balas positif dan mahukan program ini diteruskan pada hadapan.  



























Monday 1 November 2021

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPERNA HARI DEEPAVALI

        Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia. Hari Deepavali yang merupakan Festival of Lights dan turut diertikan sebagai perayaan di mana kebaikan mengalahkan kejahatan. Diharap memberi makna yang besar kepada penganut hindu di Malaysia tahun ini. Sepertimana apabila perayaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia yang lain ianya dikongsi bersama dalam erti kata kita turut berkongsi kegembiraan yang dirasakan oleh rakan kita yang lain agama ataupun bangsa.

Hari Deepavali ini juga tidak berbeza walaupun ianya perayaan bagi penganut agama Hindu rakyat Malaysia yang lain turut merasakan kegembiraan tersebut kerana ianya menjadi ketenangan dan berasa selesa yang dapat dikongsi bersama. Perasaan sebegini memberi makna kepada ungkapan hormat menghormati dan perpaduan di dalam perbezaan ataupun unity in diversity. Atas semangat ini warga PPKI SMK Mambau mengucapkan Selamat Hari Deepavali.

Untuk memeriahkan Hari Deepavali yang disambut pada 04 November 2021 , PPKI SMK Mambau tidak melupakan pelajar-pelajar beragama Hindu yang akan merayakan pesta cahaya itu. 
Satu majlis Penyampaian Sumbangan Hamper Deepavali telah diadakan di bilik pengurusan PPKI SMK Mambau dan majlis telah disempurnakan oleh Cikgu Abdul Jelani Bin Mohd Zin Penolong Kanan PPKI SMK Mambau.

Diharapkan dengan sedikit sumbangan ini akan menambahkan keceriaan mereka untuk menyambut  hari tersebut.