Minggu Pendidikan Khas Integrasi telah berlansung dengan jayanya pada 24-28 September 2018 yang lalu. Pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pelajar, guru serta PPM telah dilaksanakan sepanjang minggu tersebut.
Hari Pertama - 24 September 2018
Bengkel Refleksologi
Hari Kedua - 25 September 2018
Terapi Boling dan Rekreasi Minda
Hari yang paling mengujakan pelajar PPKI kerana aktiviti hari ini dijalankan di luar bilik darjah. Masing-masing bersemangat dan tak sabar untuk memulakan aktiviti. Aktiviti pertama adalah acara riadah di Taman Rekreasi Bukit Sri Sendayan. Sedikit warming up di lakukan sebelum pelajar, guru dan PPM mendaki Bukit Sri Sendayan itu. Pendakian agak mudah, hanya mengambil masa lebih kurang 10-15minit untuk sampai ke puncak kerana kemudahan trek yang cantik dan struktur bukit yang tidak begitu cerun namun ia sudah cukup untuk membuat kaki lenguh dan nafas tercungap-cungap.
Suasana dalam bas - tak pernah tak happy |
Warming up session |
Cuaca yang baik untuk beriadah |
Pendakian bermula |
Di tengah pendakian - ambil masa untuk rilek๐ |
Tempat menarik ...orang-orangnya cantik ๐ |
Kemudahan riadah yang banyak |
Kena berhati-hati kerana ada alatan yang rosak dan perlukan penyelenggaraan |
Santai |
Ini memang comel |
Nampaknya semua kena minum banyak lagi protein shake ๐ |
Selesai mendaki diadakan sambutan hari lahir untuk semua pelajar PPKI yang lahir sehingga bulan September 2018. Setelah badan penat dan perut lapar makan adalah agenda paling best . Tambahan pula makan di tepian tasik sambil menikmati panorama alam yang indah, memang takkan ada istilah 'diet', apa sahaja pasti sedap dan menyelerakan...nyum nyummmm. Semua menikmati nasi lemak ayam ,kuih muih serta kek bestday dengan riang dan gembira. ๐
Kek harijadi |
Acara kemuncak pada hari ini ialah Pertandingan Boling yang diadakan di Ole-Ole Superbowl, Mydin Seremban 2. Pertandingan secara individu mengikut kategori high function dan low function.
Bagi kategori high function keputusannya adalah seperti berikut : -
Tempat pertama : Rumitthira a/p Veeramany
Tempat kedua : Navanithan a/l Wilson
Tempat ketiga : Muhammad Hafiz b. Zairul
Untuk kategori low function dimenangi oleh : -
Tempat pertama : Wong Hui Ssang
Tempat kedua : Muhammad Fairuzz b. Ya'acob
Tempat Ketiga : Seow Yuen Loong
Tukar kasut |
Bersedia untuk balingan pertama๐ |
Coach- coach yang hebat ๐ญ |
Hari ketiga - 26 September 2018
Perasmian Minggu Pendidikan Khas
Jom Berbisness
Membuat Aiskrim Goyang
Acara perasmian Minggu Pendidikan Khas 2018 oleh Tuan Pengetua Cemerlang Tn Hj Nor Hashim bin Othman.
Gimik pelancaran dan Perasmian Minggu Pendidikan Khas.
Syabas kepada team dan crew di sebalik tabir pembikinan gimik ini.
Ini bukan kerja mudah๐ |
Cikgu Azean selaku MC pada hari ini |
Selesai perasmian diadakan program Jom Berbisness. Program Jom Berbisness dijalankan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada hari Rabu dan Khamis. Pelbagai menu jualan seperti laksa, nasi lemak, makaroni goreng, mee goreng, kek, popcorn, keropok, dadih, aiskrim pelbagai perisa serta air kalamanzi yang sedap tak terkata ๐๐ .
Pelajar PPKI mengunjungi gerai jualan. |
Aktiviti selingan, para pelacar PPKI dijemput untuk melihat pameran sains di makmal kimia dan biologi sempena Minggu Sains SMK Mambau.
Selesai melawat pameran diadakan pula aktiviti Membuat Aiskrim Goyang diketuai oleh cikgu Nuraisyah dan cikgu Shahina. Sayangnya tak banyak gambar yang dapat diabadikan sebab semua teruja nak siapkan aiskrim.
Hari Keempat - 27 September 2018
Sukaneka
Jom Berbisness
Bahasa Jiwa Bangsa
Oh My English
Pada sebelah pagi, aktiviti Sukaneka menyerikan lagi Minggu Pendidikan Khas 2018. Sebanyak empat acara sahaja yang sempat diadakan disebabkan kekangan masa dan acara tersebut adalah Dadu Gergasi, Mengisi Botol Air Menggunakan Span, Membawa Bola Dengan Badan serta Meleret Bola Hoki.
Acara pertama - Dadu Gergasi
Cikgu Azean memberi sedikit taklimat tentang acara yang akan dipertandingkan๐ |
Dadu gergasi di buat khas oleh tuan GPK ๐๐ |
Acara kedua - Mengisi Botol Air Menggunakan Span
Melangkah dengan penuh gaya |
Nampaknya lebih banyak air yang tumpah keluar daripada yang masuk ke dalam botol |
Acara ketiga - Membawa Bola Menggunakan Badan
Semua dah jalan macam ketam ๐ |
Gaya kena ada ๐๐๐ |
opss tak boleh pegang dengan tangan ye ๐ |
Susah nak imbangkan bola |
Acara keempat - Meleret Bola Hoki
Bukan pukul bola tu ๐ |
ehhh bola tertinggal kat belakang tu ๐ |
Semua happy ๐๐ |
Membina perkataan menggunakan huruf-huruf yang diberikan.
Cikgu Malini turut membantu๐ |
Aktiviti Oh My English bersama cikgu Nantha ๐
Word search |
Hari Kelima - 28 September 2018
Pertandingan Sketsa
Mencungkil bakat lakonan yang terpendam dikalangan pelajar ppki. Ada beberapa pelajar yang berkeyakinan dan boleh berlakon dengan baik jika diberi lebih banyak latihan.
Ada gaya makcik bawang tak ? |
Yang ni pakcik bawang ke ? |
Acara kemuncak adalah acara penyampaian hadiah oleh Penolong Kanan PPKI, Cikgu Roslan bin Ibrahim kepada semua pemenang individu dan berkumpulan. Tahniah kepada semua pemenang kerana bersungguh-sungguh di dalam setiap acara yang dipertandingkan. Terbaik lah !!
Tamat lah sudah Minggu Pendidikan Khas Integrasi 2018, minggu yang sarat dengan aktiviti dan program yang menarik. Pastinya minggu ini meninggalkan satu memori indah di dalam lembaran diari 2018.
Tahniah kepada semua warga PPKI yang sangat komited di dalam setiap tugasan yang diberikan.
Jumpa lagi di Minggu Pendidikan Khas Integrasi 2019 dengan aktiviti yang lebih segar dan bertenaga.
No comments:
Post a Comment