Saturday 3 November 2018

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DEEPAVALI

2 NOVEMBER 2018

Menjadi rutin...setiap tahun PPKI SMK Mambau.

Bagi tiga perayaan utama sahaja iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali...

Sumbangan ini khas untuk murid-murid India PPKI SMK Mambau. Seramai 9 orang murid India mendapat sumbangan ini. 

Majlis diadakan di dewan PPKI SMK Mambau pada pukul 11.45 pagi.

Sebelum itu,
Sedikit info tentang hari deepavali...

Hari Deepavali dikenali sebagai Diwali dan Diwali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan deepavali merupakan gabungan perkataan "dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "gavali" yang bererti barisan. Perayaan deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil.

Pada tahun ini, Deepavali akan disambut pada 6 November 2018 (Selasa).

SMK Mambau akan bercuti selama 5 hari (termasuk Sabtu dan Ahad) iaitu bermula 3 November - 7 November 2018.






Tuan Hj Mohd Zabid bin Omar selaku pengacara majlis

Di bawah adalah antara murid yang menerima sumbangan......

(Oppssss....mohon abaikan backdrop di belakang tu yer..Itu adalah majlis 2 hari lepas..)

Sumbangan disampaikan oleh Pn Che Haslina Binti Ch Rani selaku penyelaras PPKI SMK Mambau.








Sedikit pesanan daripada Puan Che Haslina Ch Rani (penyelaras PPKI) kepada semua murid sebelum bercuti sempena Deepavali


SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN DEEPAVALI....

No comments:

Post a Comment