Salah satu program sempena minggu perjuangan kasih ialah lawatan ke Persatuan Perkembangan Insan Istimewa Seremban yang terletak di No.1879, Jalan Tok Ungku, Taman Ujong, Seremban.
Kami tiba di sini jam 8.30 pagi, selesai bersarapan dengan menu ringkas yang dihidangkan kami sempat berkenal-kenalan dengan semua penghuni di sini. Mereka terdiri daripada pelbagai kategori kelainan upaya yang berusia antara 5tahun hingga 41tahun. Pusat ini dipengerusikan oleh Dr. Pushpa Devi a/p Hukam Gopal Chand dan telah beroperasi lebih dari 10 tahun yang lalu.
Pengisian program hari ini adalah sesi perkongsian ilmu bersama pelajar di sini. Kami sempat berkongsi kemahiran bersama mereka, Rumitthira ditugaskan untuk mengajarkan anyaman tudung saji, Nyon Ken Fung membuat alas kaki, Origami bersama Daniel Haiqal dan sesi urutan bersama Seri Rahayu.
Yumal mencuba permainan trampolin. |
Makan tengahari sebelum balik. |
Sesi bergambar
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Perkembangan Insan Istimewa Seremban kerana sudi menerima kunjungan kami.
No comments:
Post a Comment