Thursday 22 November 2018

PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG

Hari ini telah diadakan program Masih Ada Yang Sayang iaitu program murni yang bertujuan untuk meraikan hari lahir pelajar yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember.

Pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober ialah Biraj pada 2/10, Hazimin -17/10, Faez  Aiman - 17/10, Syazili - 29/10 dan Yumalraj 30/10.

Manakala pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan November ialah Farhana pada 22/11 dan Rumitthira 23/11 dan untuk bulan Disember ialah Kirthana pada 28/12.


Seperti kelaziman, sebelum majlis bermula  persiapan tempat giat dijalankan bersama guru dan pelajar.



  
Penyelaras PPKI Cikgu Che Haslina memberi peringatan kepada pelajar tentang  disiplin dan tingkahlaku.




Majlis bermula sekitar jam 10.30pagi menampilkan cikgu Azean sebagai pengacara majlis dan oleh cikgu Mohd Zabid sebagai pemimpin bacaan doa.




Tidak lengkap majlis sekiranya tidak mendengar ucapan dari Penolong Kanan PPKI, cikgu Roslan bin Ibrahim.


Majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada pelajar yang terlibat dengan Carwash, membuat Jeruk Mangga dan membuat Aiskrim Malaysia sepanjang sesi pembelajaran tahun 2018.























Cikgu Roslan menyampaikan fail peribadi kepada Wong Hui SSang yang akan menamatkan persekolahan tahun ini. We gonna miss you Wong😒😒😒


Sebagai tanda kenang-kenangan setiap pelajar diberikan bekas makanan berjenama tupperware, dengan harapan tahun depan mereka akan rajin bawa bekal ke sekolahπŸ˜€πŸ˜€.

Pesanan ringkas lagi ikhlas ' jangan hilangkan ye...cikgu bagi tupperware...bukan tipuware '


























Sesi memotong kek hari lahir untuk semua warga PPKI yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember, tidak terkecuali cikgu Malini 3/11, cikgu Azean 2/12, cikgu Mohd Zabid 23/12 dan Kak Wa 9/12.

Jom nyanyi ramai-ramai...
🎢🎡 Happy Birthday to you...Happy Birthday to you...Happy Birthday...Happy Birthday...Happy Birthday to you 🎢🎡  πŸ’“πŸ’“πŸ’—



Poommmmm πŸŽ‡πŸŽ† kita ledak kan party popper untuk meriahkan lagi majlis.


Semua berusaha untuk menghalang cebisan party popper yang berterbangan daripada landing atas kek, ternyata cikgu Zabid dan cikgu Azean begitu bersungguh-sungguh di situ 😁😊







Selain acara makan, acara bergambar memang satu kemestian. Tak kira lah berapa kali take, janji semua happy πŸ’ƒπŸ˜‰.








  











Doa sebelum acara makan-makan bermula.








Selesai program Masih Ada Yang Sayang,  aktiviti diteruskan dengan penjualan barang-barang kitar semula. Jumlah barangan lusuh yang berjaya dikumpulkan sangat memuaskan, semoga program kitar semula ini terus mendapat perhatian dan sambutan dari warga PPKI pada tahun hadapan.










Program hari ini berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Ada lagi satu program besar dan hebat akan dijalankan esok. Program apa tu? Nak tahu kena baca next entry πŸ˜†πŸ˜…

No comments:

Post a Comment