Sunday 18 November 2018

HARI ANUGERAH KUALITI PPKI SMK MAMBAU 2018


15 NOVEMBER 2018, KHAMIS


Hari Anugerah Kualiti merupakan satu acara tahunan PPKI SMK Mambau yang bertujuan untuk mengiktiraf kemenjadian murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. 

Majlis ini diadakan di Hotel Palm Mall, Seremban. Ibu bapa juga turut hadir sebagai tanda sokongan dan memeriahkan lagi majlis. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.00 petang. Tema biru menjadi pilihan PPKI dalam majlis anugerah tahun ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Jamilah Binti Kadir, Ketua Unit Pendidikan Khas, JPNS kerana sudi hadir merasmikan majlis kami.

Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku

Puan Margaret Ann selaku pengacara majlis

Barisan VIP yang hadir



Bacaan doa oleh Tn Hj Mohd Zabid 

Ucapan oleh Tn Hj Abu Bakar, PK Pentadbiran

Ucapan perasmian oleh Pn Jamilah Bt Kadir, Ketua Unit Pendidikan Khas, JPNS


Ibu bapa yang hadir





Tayangan multimedia program-program dan pencapaian murid PPKI SMK Mambau sepanjang tahun 2018 yang disediakan oleh Pn Fazeedatul Azua


JAMUAN BERMULA.....










Semasa jamuan, hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada murid-murid PPKI ....

Tarian ini di bawah bimbingan Pn Malini, Pn Azlina, Pn Khamisah dan Pn Farawahida.




Penyampaian Anugerah Kualiti.....

1. Anugerah akademik
2. Anugerah kokurikulum - terbaik kelab, terbaik badan beruniform dan terbaik sukan dan permainan
3. Anugerah HEM - kehadiran terbaik dan tokoh sahsiah terpuji
4. Tokoh Murid PPKI 2018


Penyampaian anugerah ini diselang selikan dengan cabutan bertuah.




























Seri Rahayu Nor Aisyah bt Evendi dinobatkan sebagai Tokoh Murid PPKI 2018

Turut hadir ialah ibunya..























Penyampaian Anugerah Insan Terbilang kepada Seri Rahayu
















En Roslan (PK PPKI) menyampaikan cenderahati kepada Pn Jamilah (Ketua Unit Pend Khas, JPNS)


Nyanyian karaoke oleh ibu murid iaitu Pn Roslina


Nyanyian karaoke oleh Pn Jamilah (Ketua Unit PK, JPNS)



UPACARA MEMOTONG KEK..





SESI BERGAMBAR



Majlis berakhir pada jam 5.00 petang...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Tahniah buat anak-anak PPKI yang menerima anugerah...

Tahniah buat Cikgu Siti Noroni (penyelaras program) dan Cikgu Nuraisyah (setiausaha program) serta semua guru dan PPM PPKI SMK Mambau yang bertungkus-lumus, sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi menjayakan majlis anugerah kualiti ini...

Syabas semuanya...

No comments:

Post a Comment