Sunday 6 May 2018

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2018




Kejohanan ini telah berlansung dengan jayanya pada 21April-22April 2018 yang lalu di Gelanggang Petanque Port Dickson. 

PPKI SMK Mambau menurunkan 6 orang pemain iaitu Biraj a/l Suresh, Mohd Zul Aizad bin Othman, Muhammad Norizwan bin Ramli untuk Kategori Sekolah (Lelaki) manakala Seri Rahayu Nor Aisyah binti Evendi, Nurul Farhana binti Joy Dzulkarnain dan Rumitthira a/p Veeramany untuk Kategori Sekolah (Perempuan). Mengiringi peserta ialah Cikgu Che Haslina binti Ch Rani dan Cikgu Malini Bt Md Zaki.

Sedikit info mengenai permainan Petanque ini.
Petanque disebut sebagai pay-tong ini bermaksud meletakkan kedua-dua kaki bersama dan ini merupakan peraturan utama untuk permainan ini dimana pemain tidak dibenarkan mengangkat kaki ketika membuat balingan. Permainan yang berasal dari Perancis telah mula diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 1990-an. Menggunakan bola-bola yang diperbuat daripada logam yang setiap satunya seberat 650gm hingga 800gm dengan lilitan antara 70mm hingga 75mm. Lazimnya ia dimainkan di atas permukaan berpasir. Bagi kategori perseorangan atau beregu setiap pemain akan diberikan tiga biji bola atau di sebut boule sementara untuk kategori bertiga setiap pemain akan diberikan dua biji boule. 

Petanque dimainkan dengan sebuah jack dibaling terlebih dahulu dalam gelanggang yang bersaiz 15m x 4m. Balingan jack
 pula mesti berjarak antara 6m hingga 10m. Sasaran para pemain ialah untuk membuat balingan boule yang paling hampir dengan jack. Pasukan yang balingannya jauh dari jack akan terus membuat balingan sehingga dapat memintas kedudukan boule pasukan lawan. Mata akan diberikan mengikut bilangan boule yang paling hampir dengan jack. Sekiranya ada percanggahan tentang kedudukan boule, hakim teknikal akan dipanggil untuk membuat ukuran. Tiada peruntukan masa dalam permainan ini, setiap pusingan atau dipanggil ends akan berterusan sehingga ada pasukan yang memperolehi  11 mata atau 13 mata (ikut arahan pengadil).

Perlu diingatkan Petanque tidak sama dengan Boling Padang. Petanque menggunakan bola logam berbentuk bulat manakala boling padang menggunakan bola yang berbentuk sedikit bujur. 



21 April 2018


Elemen utama dalam permainan ini - Boule dan Jack(warna merah)
Pengetua Cemerlang turun padang untuk memberi sokongan 👨


Bergambar sebelum perlawanan bermula 😍
Perlawanan pertama SMK Mambau lwn SMK KGV 













Arrggghhhh... aksi bila balingan tak menepati sasaran ...rugi boule 😧

Nak baling apa cara pun boleh ajer...janji tak angkat kaki 😃


GO MAMBAU GO...Steady Biraj, cikgu Malini ada kat depan tu 😃


Cikgu Che Haslina dan Cikgu Malini saban hari melatih pelajar ini dengan gigih dan dedikasi...tidak dilupakan juga Cikgu Roslan yang banyak menyumbang tenaga dan usaha.

Cuaca panas tidak mematahkan semangat untuk memberi saingan yang hebat.

Permainan boleh tamat dalam masa beberapa minit atau menjangkau berjam-jam...memang 'rentung' lah kat situ 😭

Nampak rilek...tapi cukup memenatkan 😌


Score sheet...Nampak kan SMK Mambau mendahului pihak lawan 😊

Semangat berpasukan ✌✌


Masa untuk mengira mata. Perlawanan dimenangi oleh SMK Mambau dengan mata 11-1.
Perlawanan kedua SMK Mambau lwn MRSM Gemencheh




Pasukan perempuan juga mempamerkan permainan yang tidak mengecewakan.  Mereka berjaya menumpaskan SMK Seremban Jaya dengan mata 11-1, tetapi terpaksa akur dengan keputusan 4-11 bila dikalahkan oleh SMK Pendeta Zaba.








Walaupun hujan turun, mereka bersemangat meneruskan perlawanan.


Walaupun pasukan PPKI SMK Mambau gagal meraih sebarang tempat di kejohanan ini, tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu memberi saingan yang hebat kepada pasukan yang rata-rata diwakili oleh pelajar aliran perdana. Syabas kepada semua guru-guru yang gigih melatih pasukan ini dan menerapkan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri mereka. 


22 April 2018

Hari kedua kejohanan Petanque ANGKASA 2018 merupakan pertandingan untuk Kategori Dewasa Lelaki dan Wanita. PPKI SMK Mambau menghantar tiga orang peserta untuk Kategori Dewasa Wanita iaitu Cik Siti Noroni binti Omar, Puan Fazeedatul Azua binti Rosli dan Puan Khamisah binti Rajie. Tiada penyertaan untuk Kategori Dewasa Lelaki.

Persaingan amat sengit namun SMK Mambau berjaya berada di kedudukan 8 pasukan terbaik diantara 32 pasukan yang bertanding pada hari itu. Tahun hadapan kami berazam untuk memperbaiki lagi mutu permainan dan berharap akan berjaya ke peringkat akhir.



SMK Datuk Undang Musa Al-Haj lwn SMK Mambau


Penjara Jelebu lwn SMK Mambau


SMK Seremban 2 lwn SMK Mambau

Guru Agama Negeri Sembilan lwn SMK Mambau
Diharapkan semoga PPKI SMK Mambau dapat melahirkan lebih banyak bakat baru dalam sukan ini. 
PETANQUE ...SEE YOU NEXT YEAR...


No comments:

Post a Comment