Sunday, 29 April 2018

IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES



Pada 4hb dan 5hb April 2018 yang lalu, satu-satunya peserta dari PPKI SMK Mambau iaitu Adli Anis Bin Sham telah terpilih mewakili daerah Seremban dalam Pertandingan Negeri Sembilan IT Challenge For Youth With Disabilities. Pertandingan peringkat negeri yang berlangsung selama dua hari ini diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. 

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Individu ( e-Tools Challenge dan e-Life Map Challenge ) dan Kategori Kumpulan ( e- Design Challenge dan e-Creative Challenge).

Walaupun Adli Anis tidak memenangi acara bagi kategori individu, namun...

Bagi Kategori Kumpulan, Adli Anis telah berjaya mendapat :
1. Johan bagi e - Design Challenge
2. Naib Johan bagi e- Creative Challenge

Kejayaan tersebut telah melayakkan Adli Anis mewakili kontinjen Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. 

Pada tahun ini, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah bagi pertandingan IT Challenge peringkat kebangsaan.

Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Pertandingan peringkat kebangsaan ini berlangsung selama 3 hari bermula 24hb April sehingga 26hb April 2018.

Segala usaha dan penat lelah Adli Anis menjalani latihan pusat berhari-hari bagi persediaan pertandingan peringkat kebangsaan ini serta pengorbanan masa dan tenaga seorang guru, Puan Nuraisyah selaku guru pembimbing dan guru pengiring, akhirnya terbalas apabila Adli Anis berjaya memenangi kategori individu dengan mendapat :

1. Naib Johan bagi e-Tools Challenge
2. Naib Johan bagi e Life Map Challenge 

TAHNIAH DAN SYABAS....


Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT sudah lama diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Murid-murid perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan,  setiap murid mesti menguasai kemahiran ini. Ketrampilan dalam bidang ini adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. 

Oleh itu, pertandingan seperti ini sangat membantu dalam mencapai objektif tersebut. Moga diteruskan lagi pada tahun-tahun berikutnya.



NEGERI SEMBILAN IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES





Semasa pembentangan kumpulan



Bersama guru pengiring, Puan Nuraisyah Bt Rani








MALAYSIA IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES (MITC)






















Kejayaan milikmu..Anda berhak hebat.





Adli Anis bersama ibu tersayang

Kontinjen Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment