Tahukah anda apa itu Autisme? Autisme merupakan kecacatan perkembangan fungsi otak yang mempengaruhi kemampuan seseorang itu untuk berkomukasi, berinteraksi dengan orang lain dan memberi respon yang baik terhadap persekitarannya dan mereka seakan hidup di dalam dunianya sendiri.
Setiap tahun, 2 April diisytiharkan sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau World Autism Awareness Day. Bertemakan warna biru hari ini disambut untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat agar lebih peka dengan pesakit autisme.
Pada hari Isnin, 9 hb April 2018 bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Mambau, Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah 2018 telah selamat disempurnakan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Ab Ghalim PK Pentadbiran SMK Mambau.
Pelbagai acara telah dirangka untuk pengisian program kali ini seperti Sukaneka, Pertandingan Puzzle untuk murid autis, Kraftangan, Mewarna Logo Autisme dan Permainan Kotak Beracun.
Setiap tahun, 2 April diisytiharkan sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau World Autism Awareness Day. Bertemakan warna biru hari ini disambut untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat agar lebih peka dengan pesakit autisme.
Pada hari Isnin, 9 hb April 2018 bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Mambau, Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah 2018 telah selamat disempurnakan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Ab Ghalim PK Pentadbiran SMK Mambau.
Pelbagai acara telah dirangka untuk pengisian program kali ini seperti Sukaneka, Pertandingan Puzzle untuk murid autis, Kraftangan, Mewarna Logo Autisme dan Permainan Kotak Beracun.
Pengacara Majlis Tuan Haji Mohd Zabid bin Omar . |
Tuan Hj Abu Bakar bin Ab Ghalim PK Pentadbiran memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis. |
Sedikit info mengenai simptom-simptom autisme. Setiap penghidap mempunyai simptom-simptom yang berbeza diantara satu sama lain. Ia boleh dikesan seawal kanak-kanak berusia di bawah 3 tahun dan diantara simptom-simptomnya adalah seperti berikut:
π Tidak menunjukkan eye contact
π Tidak bertindak balas terhadap senyuman
π Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding.
π Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, selesa untuk bermain sendiri.
π Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
π Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi dan pergerakan.
π Sering menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
π Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat dan lebih cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding percakapan.
Autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan.
Berbalik pada kemeriahan pelancaran Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Sekolah 2018, majlis diselang-selikan dengan acara deklamasi sajak dan kuiz mengenai autisme.
Nurul Farhana Joy Dzulkarnain mendeklamasikan sajak yang bertajuk Aku Adalah Autisme. |
Jethro Jian Zhi mendeklamasikan sajak. yang bertajuk I Am A Child With Autism. |
Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Abu Bakar bin Ab Ghalim diatas kesudian merasmikan program ini.
Berada di dalam kumpulan masing-masing. |
Teruja untuk memulakan pertandingan. |
Cikgu Azean menunjukkan cara-cara untuk permainan ini. |
Untuk game yang kedua, mereka main hulur-hulur tepung pula. Siapa dapat paling banyak tepung dikira pemenang.
hulur-hulur...jangan sampai berteraburπ |
heippp...jangan main tipu...tepung yang dah jatuh tak boleh diambil semulaπ |
Seri paling teliti untuk masukkan tepung ke dalam gelas tuπ |
Alahai...ni kategori tepung apa ni...tepung pelita ke tepung gomakπ |
Selesai acara Sukaneka, program diteruskan dengan Pertandingan Puzzle untuk pelajar autis manakala pelajar lain membuat Kraftangan. Acara ini dikelolakan oleh Cikgu Nanthamalar, Cikgu Che Haslina, Cikgu Azlina dan Cikgu Nuraisyah.
Ken paling laju...sap sap soi siap π |
Mereka sedang bertungkus lumus menyiapkan kraftangan.
|
Amboi seriusnya mengguntingπ |
Tunjuk sikit hasilnya π |
Acara terakhir ialah Permainan Kotak Beracun. Acara diketuai oleh Cikgu Shahina dan Cikgu Siti Noroni. Banyak soalan-soalan mencabar yang diajukan kepada para pelajar. Kadangkala bila soalan mencabar jawapannya pula yang kelakar.
Antara jawapan dan soalan yang mencuit hati adalah seperti...
Soalan: Apakah nama ibu negara Malaysia?
Jawapan : Kuala Pilah
Soalan: Apakah haiwan yang mempunyai belalai?
Jawapan: Rama-rama
Apapun, permainan ini sangat menarik dan berinformasi.
Semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan syabas untuk semua guru-guru, ppm dan pelajar yang sangat komited dalam tugasan yang diberikan.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penyelaras PPKI Cikgu Che Haslina bt Ch Rani. Terima kasih diatas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Cikgu Azlina selaku pengacara untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. |
Perlu ditekankan disini, autisme bukanlah satu kecacatan malahan merupakan satu keistimewaan. Autisme bukanlah halangan untuk mereka berkarya dan meningkatkan prestasi diri. Tokoh-tokoh autisme yang terkenal telah membuktikan bahawa 'kelainan' yang mereka alami tidak menenggelamkan impian dan cita-cita mereka untuk berjaya.
πππππ DIFFERENT πππππ UNIQUE πππππ LOVE πππππ
Assalamualaikum cikgu.. Boleh saya dapatkan kertas kerja untuk aktiviti sambutan ni tak? Terima kasih...
ReplyDelete