Saturday 21 April 2018

PROGRAM KITAR SEMULA PPKI SMK MAMBAU

Kita sering menyebut perkataan kitar semula, namun apakah definisi sebenar perkataan ini? Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672)  kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal untuk menghasilkan keluaran atau di dalam bahasa yang lebih mudah difahami kitar semula bermaksud  mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barang yang baru.

Program Kitar Semula PPKI SMK Mambau merupakan sebuah program berterusan yang telah dilancarkan semenjak Ogos 2016. Setakat bulan April 2018, sebanyak dua kali penjualan bahan- bahan kitar semula seperti kertas, buku, botol plastik dan tin aluminium telah dibuat. Syabas kepada semua warga PPKI dan sekolah kerana telah berkerjasama mengumpul dan mengasingkan bahan-bahan ini dengan baik.

Matlamat utama program ini ialah untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian (RIMUP) terutamanya warga PPKI. Disamping itu ia dapat memupuk kesedaran untuk menjaga alam sekitar dan mengurangkan pencemaran alam sekitar hasil dari pelepasan gas metana yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan.  Ia juga dapat membantu mengurangkan jumlah pembuangan sampah di kawasan sekolah memandangkan kapasiti tapak pelupusan sampah yang semakin terhad.

Program ini juga dapat menyedarkan pelajar tentang kos untuk menghasilkan produk dari bahan mentah adalah lebih tinggi berbanding dengan menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula; sebagai contoh, mengurangkan penggunaan sumber asli seperti kayu balak dapat mengurangkan pemanasan global dan pemusnahan habitat. Habitat haiwan yang terancam ini juga memberi impak kepada keselamatan nyawa manusia kerana apabila haiwan ini ketandusan sumber makanan ia akan berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.

Proses mengumpulkan bahan-bahan kitar semula.


Pelajar-pelajar PPKI sedang mengangkat bahan-bahan kitar semula yang telah dikumpulkan untuk ke proses seterusnya iaitu proses mengasingkan.






Cikgu Margaret selaku Penyelaras Program memantau pelajar untuk mengasingkan bahan-bahan kitar semula agar ia mengikut kategori yang ditetapkan👍


Asingkan betul-betul ye..👀







Lumayan....RM...RM..RM😀



Berikut adalah carta yang menunjukkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk lupus. Bayangkan sebuah botol plastik mengambil masa 450 tahun untuk lupus,  ia melebihi daripada jangka hayat hidup manusia manakala bekas plastik makanan  yang kita gunakan seharian pula mengambil masa sehingga 50-80 tahun untuk lupus. Ternyata amalan kitar semula harus diambil peduli dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.


Diharapkan kita semua lebih bertanggungjawab terhadap sampah yang kita hasilkan setiap hari selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia tersenarai antara 10 negara terbersih di dunia menjelang 2020.
Jom kitar semula...go green..go healthy 😃

No comments:

Post a Comment