Tuesday 3 April 2018

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2018


Alhamdulillah ...
TAHNIAH DIUCAPKAN ...
KEPADA.....

4 orang murid PPKI SMK Mambau kerana telah terpilih mewakili daerah Seremban bagi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018.

Kejohanan ini telah diadakan di Sekolah Sains Sukan SMK Za'aba Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 28 dan 29 Mac 2018.

Atlit PPKI Mambau yang terpilih ialah :

Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi
Hema Loshini A/P Veeramany
Nurul Farhana Binti Joy Dzulkarnain
Muhammad Daniel Haiqal Bin Hamdan

Semasa Kejohanan Peringkat Negeri ini,

Seri Rahayu telah mendapat :
1. Pingat EMAS bagi acara 200m
2. Pingat EMAS bagi acara 4 x 100m
3. Pingat PERAK bagi acara 100 m
bagi kategori bermasalah pembelajaran junior perempuan.

Hema Loshini telah mendapat :
1. Pingat EMAS bagi acara 4 x 100m bagi kategori bermasalah pembelajaran junior perempuan.

Nurul Farhana Binti Joy Dzulkarnain telah mendapat :
1. Pingat EMAS bagi acara 4 x 100m
2. Pingat GANGSA bagi acara 4 x 400m
bagi kategori bermasalah pembelajaran senior perempuan.


Kemenangan yang sangat membanggakan.

Lebih membanggakan lagi ialah Seri Rahayu Nor Aisyah telah terpilih mewakili kontinjen Negeri Sembilan Ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan.

Tahniah dan syabas juga buat Puan Nanthamalar selaku guru pembimbing dan guru pengiring, guru-guru dan PPM PPKI SMK Mambau yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung atas pencapaian dan kejayaan anak-anak ini.







No comments:

Post a Comment