Thursday, 7 June 2018

PROGRAM DI AMBANG RAYA 2018 - POPIA NESTUM KRUP KRAP


Program Di Ambang Raya Popia Nestum Krup Krap telah berjalan dengan lancar pada 5 Jun 2018 yang lalu. Program yang di sertai oleh semua pelajar PPKI, guru-guru serta PPM ini menyuntik kemeriahan untuk membuat persediaan Hari Raya Aidil Fitri yang akan dirayakan oleh umat Islam pada 15  Jun 2018 nanti.  
Antara objektif program ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar bahan-bahan asas masakan  , cara penyediaan serta aspek keselamatan dan kebersihan yang harus dititikberatkan ketika  memasak.    Disamping itu, ia dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus dan kemahiran mengingat supaya apa yang dipelajari dapat dipraktiskan kelak. Program ini juga dapat memupuk semangat saling tolong menolong serta kerjasama antara pelajar, guru dan ppm.


Aktiviti dimulakan seawal jam 8.00,  sedikit taklimat ringkas dan demonstrasi diberikan oleh cikgu Malini tentang cara-cara untuk membuat Popia Nestum Krup Krap ini. Sejurus selepas itu bahan-bahan diedarkan kepada setiap kelas dan pelajar terus memulakan aktiviti dengan bantuan guru dan ppm.

Demonstrasi penyediaan bahan - kisar nestum, horlicks, gula dan susu tepung  oleh cikgu Malini



Kelas Alternatif 5 - Jujur dibantu oleh Cikgu Margaret, Cikgu Nanthamalar, Cikgu Che Haslina dan Puan Fazeedatul Azwa.








 


Kelas Alternatif 1- Cekap dibantu oleh Cikgu Mohd Zabid dan Cikgu  Azlina,


Kelas Alternatif 2 - Dedikasi, dibantu oleh cikgu Siti Noroni dan Cikgu Shahina.




Kelas Alternatif 4 - Gigih, dibantu oleh Cikgu Nuraisyah dan Puan Farawahida.



Kelas Alternatif 3 - Efektif dibantu oleh Cikgu Azean.







Selesai menggulung dan menggunting, langkah seterusnya ialah  menggoreng popia tersebut.

 

 




Setelah popia yang yang digoreng hampir sejuk, langkah seterusnya ialah menyira dengan bahan-bahan yang telah siap di kisar tadi.




Akhir sekali,  popia nestum krup krap yang telah siap dimasukkan ke dalam balang .


Bagi yang ingin cuba membuat Popia Nestum Krup Krap yang sedap dan mudah ini resepinya adalah seperti berikut :

POPIA NESTUM KRUP KRAP

1 pek kulit popia (saiz besar)
2 cawan nestum
1 cawan gula
1 cawan horlicks
1 cawan susu tepung

Cara untuk membuatnya:-
Nestum, gula, horlicks dan susu tepung di kisar.
Kulit popia di gulung dengan halus. 
Gunting popia yang telah digulung tadi.
Goreng sehingga kekuningan, sira dengan bahan-bahan yang telah diblender.
Botolkan popia yang telah siap di goreng.
Selamat Mencuba.



Ternyata aktiviti sebegini dapat memberi dan menambah 'mood' hari raya kepada semua pelajar khusus pelajar Islam. 
Tahniah kepada semua kerana telah menjayakan program ini dengan baik. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1439H
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Post a Comment