2 Februari 2023, Khamis
Hari kedua lawatan lebih santai berbanding hari pertama.
Checkout hotel seawal jam 7.30 pagi...
Kami menaiki bas untuk pergi bersarapan terlebih dahulu.
|
Bergerak menaiki bas... |
Kira-kira 15 minit perjalanan dari hotel , kami pun sampai di kedai makan untuk bersarapan pagi.
|
Sarapan nasi lemak lagi pagi ni. |
|
Fatin dan Zahra..makan sambil tidur ke camne?? |
|
Muka ada senyum, harap lena tidur malam tadi. |
Selesai bersarapan, kami ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Melawati.
Bukit Melawati merupakan sebuah bukit berkubu yang bukan sahaja menjadi tempat tinggalan sejarah, tetapi juga merupakan tempat bersiar-siar sambil menikmati pemandangan Kuala Selangor dari atas bukit.
Kedudukan bukit berkubu ini mempunyai kepentingan strategik bersejarah kerana ia terletak di muara Sg Selangor yang mengalir ke Selat Melaka.
Kalau hari cerah, memang boleh nampak sampai ke Selat Melaka.
Walaupun dah sarapan nasi lemak, tapi tenaga masih belum cukup untuk mendaki bukit ni dengan berjalan kaki, jadi kita naik tram je lah ye untuk naik ke kawasan bukit ini.
Di sini, kami sempat melawat Muzium Sejarah Kuala Selangor juga. Ia merupakan muzium tempatan yang mempamerkan koleksi peninggalan sejarah dan artifak termasuk pelbagai jenis senjata purba, diaroma, spesimen mata wang lama, dan pelbagai lagi.
Terdapat juga rumah api Kuala Selangor tapi telah ditutup kepada pengunjung selepas covid 19.
|
Pn Khamisah, jurufoto kita sepanjang lawatan.... |
|
Senyum dalam keletihan..dari kiri Cikgu Azean, Cikgu Jai (PK Pend Khas) dan Cikgu Sanmugam |
|
Sentiasa happy..Pn Khamisah dan Pn Farawahida |
|
Kami dah sampai sini!!!! |
|
Muka ceria naik tram |
|
Berkerut kening memasing menahan panas.. |
|
Berbaju merah ialah Ustaz Farhan selaku "tour guide" kami sepanjang lawatan selama 2 hari ni... |
|
Cikgu Azlina |
|
Sanggup berpanas demi mencipta memori di atas Bukit Melawati...hihi |
|
Dalam muzium sejarah Kuala Selangor |
|
berbaju kuning, Cikgu Malini, Jaya (bertopi) dan Cikgu Azlina |
|
Dari kiri, Adam, Rumi, Pn Farawahida, Hema, Pn Khamisah dan Fatin |
Selepas turun dari Bukit Melawati, kami menaiki bas lebih kurang 5 minit perjalanan untuk pergi melihat dan "beramah mesra" dengan penghuni utama di sana iaitu lotong...
Jom lihat aksi masing-masing...
|
Baru je turun dari bas, tapi dia dah mai sambut kedatangan kami... |
|
"Terpegun" dia sekejap tengok warga PPKI SMK Mambau Seremban... |
|
Pandai pandang kamera ye... |
|
Pn Parvathy (ibu Lahveeniya) turut melayan karenah lotong di sini.. |
|
Sangat jinak dan tidak takut dengan manusia... |
|
Meriah.. |
|
Siap tarik baju Lahveeniya minta makanan |
|
Selain dapat makanan, dapat ilmu juga nampaknya tu..belajar teknik pemilihan angle foto terbaik daripada Pn Khamisah (jurufoto profesional PPKI SMK Mambau)..hehe.. |
Selesai di sini, kami bergerak ke gerai tadi untuk makan tengah hari...
|
Menu nasi ayam dan sirap ais.. |
Alhamdulillah, perut dah kenyang..
Seterusnya ke destinasi terakhir sebelum pulang ke sekolah iaitu Pantai Remis...lebih kurang 1.30 petang, kami sampai di Pantai Remis..
Di sini, ada yang menggunakan masa ini untuk solat jamak (Zuhur dan Asar), ada yang mengambil peluang untuk meronda-ronda di kawasan sekitar, membeli makanan dan duduk santai sambil berehat.
Setelah sejam di sini, tepat jam 2.30 petang kami bergerak menaiki bas untuk pulang ke sekolah....
Dalam perjalanan balik, kami singgah juga di RnR Dengkil dan kami sampai di sekolah pada pukul 5.30 petang.
Perjalanan lancar walaupun hujan.
Selesai program ..
Moga lawatan sambil belajar ini bukan sahaja memberi ilmu kepada anak-anak PPKI tetapi juga memberi mereka pengalaman yang berharga dalam kehidupan mereka.
Persoalan anak-anak ini seronok atau pun tidak dalam program ini rasanya tidak perlu dijelaskan lagi...
Lihat sahaja senyuman ceria di wajah masing-masing dalam setiap gambar sudah memberi jawapan...
Tahniah buat anak-anak semua kerana memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang lawatan selama 2 hari 1 malam ini.
Terima kasih buat guru-guru dan PPM yang sentiasa menjaga dan mengutamakan keselamatan dan kebajikan anak-anak ini. Moga dibalas dengan kebaikan.
Di sini di sertakan video-video lawatan untuk tontonan semua yang telah disunting oleh Puan Khamisah. Terima kasih Kak Kham...
AKTIVITI MENGGAGAU IKAN DI HOMESTAY HJ DORANI
KELIP-KELIP SG PANJANG
BUKIT MELAWATI
MEMBERI MAKAN LOTONG
SAMPAI DI SEKOLAH.....
Terima kasih Ustaz Farhan mengiringi kami sepanjang lawatan ini dan bersabar melayan karenah kami..Moga bersua lagi...
Tahun depan ke mana ye kita???
No comments:
Post a Comment