Friday, 3 February 2023

PROGRAM PDPC LUAR BILIK DARJAH KE SEKINCHAN DAN KUALA SELANGOR (PART 1)

 Tarikh : 1 - 2 Februari 2023 (Rabu - Khamis)

Tempat : Sekinchan dan Kuala Selangor

Seawal jam 6.50 pagi murid-murid telah berkumpul di sekolah. Semangat semuanya hari ni  datang ke sekolah bukan dengan beg buku tetapi beg baju.

Harap semua barangan dan pakaian lengkap dibawa seperti yang telah ditaklimatkan sebelum ini. Moga tiada apa-apa yang tertinggal ye anak-anak..

Bertolak dari sekolah lebih kurang jam 7.30 pagi....

Peserta lawatan terdiri daripada ..

- 19 orang murid

- 6 orang guru 

- 3 orang pembantu pengurusan murid 

- 2 orang bekas murid PPKI SMK Mambau 

- 3 orang ibu murid

menjadikan jumlah kesemuanya seramai 33 orang.


Beratur sebelum bergerak menaiki bas.







Dalam perjalanan , lebih kurang jam 9.20 pagi, kami singgah sebentar di RnR Dengkil untuk sarapan pagi.













Setelah selesai, perut pun dah kenyang, perjalanan diteruskan ...

Destinasi pertama kami ialah Kilang Beras di Sekinchan. Tiba di sini lebih kurang jam 11.00 pagi.

Selain kilang, kami juga melawat galeri padi.





Selepas dituai, padi akan dibersihkan, dibuang kulit, dan digilap. Kemudian, ia akan melalui proses penapisan untuk mengeluarkan sebarang bendasing seperti pasir, batu atau butiran beras yang sudah hancur atau berubah warna.

Proses penapisan dan penggredan ini bertujuan untuk meastikan hanya beras yang paling berkualiti sahaja yang akan dipasarkan. Beras yang tidak menepati piawaian akan dijual sebagai makanan ternakan.

Penerangan tentang anatomi sebutir beras oleh staf di sana.





















Di galeri padi, kami sempat  menonton video dokumentari yang menerangkan tentang sawah padi di Sekinchan serta cara-cara penanaman padi dari zaman dahulu sehingga sekarang.




Destinasi yang kedua ialah kilang pembuatan kuih tradisional, kuih siput dan kerepek bawang.











Kuih siput

Kerepek bawang yang telah siap dogoreng





Lapisan adunan kerepek bawang yang telah siap digulung

Adunan gulungan perlu padu bagi mengelakkan kerepek bawang pecah semasa digoreng.


Siap dipotong dan sedia untuk digoreng

Mesin pemotong kerepek bawang






Seterusnya, destinasi ketiga ialah kilang pembuatan nata de coco dan minyak kelapa dara.



Nata de coco terhasil daripada proses penapaian atau fermentasi air kelapa oleh bakteria Acetobacter xylinum. Bakteria ini mampu menukarkan air kelapa kepada produk seakan agar-agar atau jelly yang mengandungi serat.























Minyak kelapa dara dihasilkan 100% daripada isi buah kelapa yang matang dan berkualiti. Proses penghasilannya tidak menggunakan haba dan bahan-bahan sintetik. Justeru, ia mengandungi nutrien yang amat berkhasiat untuk tubuh badan manusia. Antara nutrien yang tinggi dalam minyak ini ialah vitamin E dan asid laurik.

Tempat seterusnya destinasi keempat ialah Homestay Hj Dorani. 

Kami makan tengahari di sini. Seperti yang dirancang aktiviti lain ialah mewarna batik, bermain layang-layang (tetapi disebabkan hujan lebat, aktiviti bermain layang-layang dibatalkan) serta aktiviti menggagau ikan.

Aktiviti menggagau ikan di tunda lewat sedikit kerana faktor cuaca. Maka masa yang terluang itu, kami berkesempatan  melawat Laman Choco.

Aktiviti menggagau ikan diteruskan selepas minum petang. 



Doa dulu sebelum makan










Aktiviti mewarna batik pula.....



























Lawatan ke Laman Choco
















Minum petang....













Aktiviti menggagau ikan. Satu pengalaman baru bagi murid-murid. 

Tahniah bagi yang berjaya menangkap ikan sembilang tersebut.

ha...dapat ikan!...tahniah Ashwad

lagi ikan! Tahniah Hema...
















Bersihkan kotoran lumpur dengan pancuran air.










Selepas makan malam, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Pusat konservasi kelip-kelip Sg Panjang..





Memakai life jacket dan bersedia untuk menaiki bot menyelusuri Sg Panjang untuk melihat kelip-kelip.








Kelip-kelip ialah spesies serangga sekecil lebih kurang 6mm. Ia tergolong dalam spesies kumbang Lampyridae.

Turut dikenali sebagai kunang-kunang, ia mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada waktu malam.

Cahaya yang keluar daripada badannya terletak di abdomen bawah. Fungsi cahaya yang dihasilkan dikatakan perlu untuk 3 aktiviti kelip-kelip iaitu:
- menarik perhatian pasangan
- mengawan
- tanda amaran.

Kebanyak kelip-kelip tidak aktif pada waktu siang, oleh itu spesies ini digelar sebagai serangga nocturnal (aktif waktu malam).

Selesai melihat keindahan kelip-kelip, kami bergerak ke Sun Inns Hotel Pasir Penambang.

Keletihan di siang hari membuatkan kami tidur nyenyak lena sampai ke pagi.


Nak tau aktiviti pada hari kedua kami di sini?

Bersambung di Program PdPc Luar Bilik Darjah (Part 2) ya.....

No comments:

Post a Comment