9 September 2015
Terapi Boling dan Riadah di Hill Park
merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk membangunkan potensi
MBK. Terapi Boling merupakan sukan dalaman (indoor
games) untuk murid-murid Pendidikan Khas.
Terapi ini menjadi medan untuk murid-murid ini menunjukkan bakat,
kebolehan dan keupayaan bersaing di kalangan mereka. Ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Negara. Aktiviti seperti ini
juga dapat membina proses sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi kepada MBK.
Aktiviti riadah merupakan salah satu
cara amalan gaya hidup sihat yang dapat menyihatkan badan dan menenangkan
fikiran. Di samping itu, program ini
juga dapat menanamkan perasaan cintakan alam sekitar.
Melalui program ini, murid dapat membentuk ciri-ciri
positif bagi memperbaiki dan melengkapkan diri menghadapi persaingan masa
kini. Pemerhatian, latihan yang
berterusan, kemahiran yang tinggi dan teknik-teknik bermain boling yang betul
dapat melahirkan pemain yang berkaliber, berkebolehan dan berdaya saing. Selain
itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan warga PPKI dan meningkatkan
integrasi sosial dengan masyarakat sekeliling melalui aktiviti riadah.
Murid-murid juga diberi peluang untuk menghayati keindahan awal pagi di Hill
Park.
No comments:
Post a Comment