2 Disember 2022 , Jumaat
Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci...
Namun kini perpisahan yang terjadi,
Dugaan yang menimpa diri,
Bersabarlah di atas suratan,
(lagu Doa Perpisahan Kumpulan Brothers)
Pantasnya masa berlalu,
Seakan baru sahaja Puan Norazlina melapor diri di SMK Mambau iaitu lebih kurang setahun 5 bulan yang lalu.
Kini, beliau telah berjaya bertukar ke SK Serting Ilir yang mana lokasi sekolah ini lebih dekat dengan rumahnya. Moga urusan beliau dipermudahkan.
Selepas ini, tidak perlu lagi keluar seawal jam 5 pagi untuk menempuh keadaan lalulintas yang tidak menentu ditambah dengan kesesakan dan merentas berbelas lampu isyarat untuk sampai ke SMK Mambau. begitu juga keadaanya apabila pulang ke rumah.
Namun keletihan yang ditempuh setiap hari, hanya diluahkan dengan lemparan senyuman manis sahaja buat kami khususnya anak-anak PPKI. Tetap tabah mengurus dan melayan kerenah anak-anak ini. Moga Allah membalasnya dengan kebaikan.
Lebih mesra dipanggil dengan nama kak Alin oleh anak-anak PPKI SMK Mambau.
Terima kasih diucapkan atas segala sumbangan, jasa bakti serta kasih sayang yang dicurahkan sepanjang berada di sini. Kehilangan yang akan dirindui.
Oleh itu , majlis ringkas tetapi bermakna pada hari ini diadakan khas buat Kak Alin.
Selamat maju jaya Kak Alin. Jangan lupakan kami di sini.
Pn Khamisah, AJK Persiapan Pentas..terbaikk... |
Cikgu Margaret Ann selaku pengacara majlis |
Yang diraikan, Pn Norazlina @ Kak Alin |
Bacaan doa oleh Cikgu Azean |
Ucapan Cikgu Abdul Jelani, Pen Kanan Pend Khas |
Penyampaian hadiah daripada murid-murid PPKI |
No comments:
Post a Comment