Wednesday, 12 June 2019

AKTIVITI RIADAH DAN PERTANDINGAN BOLING


Terima kasih kerana sabar menantikan cerita-cerita di sepanjang bulan Jun, tidak sama sekali berhasrat untuk membiarkan blog ini sunyi tanpa sebarang 'update' untuk bulan ini. Semua sedia maklum PPKI SMK Mambau tidak pernah sunyi dari program-program yang menarik dan hebat. 

 Memulakan program pada bulan Jun, tanggal 11 Jun 2019, bersamaan hari Selasa iaitu hari pertama persekolahan setelah bercuti lebih kurang hampir tiga minggu sempena Hari Raya Aidil Fitri dan cuti pertengahan tahun telah diadakan Aktiviti Riadah dan Pertandingan Boling .

Lazimnya selepas bercuti panjang sesiapa sahaja akan merasa sedikit 'bosan' untuk memulakan kembali rutin harian. Olehitu sebagai 'warm-up' untuk pelajar-pelajar ppki, guru serta ppm telah diadakan aktiviti  riadah dan pertandingan boling pada hari tersebut. 

Aktiviti  riadah  dengan berjalan- jalan sambil menikmati panorama indah di Taman Tasik Seremban  ini  memang sangat menyeronokkan.






Setelah berjalan hampir setengah jam, kami berhenti seketika untuk ambil tenaga. Yehhh breakfast time !! Ternyata dengan suasana pagi indah di tepian tasik menjadikan nasi lemak ayam goreng sangatlah menyelerakan.



Aktiviti riadah diteruskan dengan membuat sedikit kerja amal. Pelajar dikehendaki untuk mengutip sampah seperti botol plastik, kertas pembungkus makanan, tisu dan sebagainya yang mereka nampak dikawasan persekitaran. Ini mendedahkan pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan dan sikap bertanggungjawab menjaga alam sekitar .









Setelah hampir dua jam beriadah, badan berpeluh dan kaki pun mula lenguh. Apakata kalau kita sejukkan badan dan makan-makan lagi di A&W Seremban. Sebenarnya kami telah mendapat tajaan makanan dari A&W Seremban berupa set Chicken Coney burger, French Fries dan air RB.
Terima kasih A&W !! Terima kasih juga pada cikgu Margie yang berusaha untuk mendapatkan tajaan ini.











Selesai menjamu selera di sini, kami terus bergerak ke Ampang Superbowl, bukan lah di Ampang Selangor ataupun di Ampangan, Seremban, tapi ianya terletak di Seremban Prima yang berhadapan dengan A&W itu sahaja.

Apa tunggu lagi... ayuh kiter. Semuanya bersemangat dan tak sabar nak bermain boling.














Pertandingan selesai jam 1.30 petang, sememangnya hari ini adalah hari yang produktif untuk meneruskan aktiviti-aktiviti di hari seterusnya.

No comments:

Post a Comment