Friday 28 June 2019

KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2019

Khamis, 27 Jun 2019 merupakan hari yang mendebarkan untuk Rumitthira dan Zul Aizat kerana berentap di Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2019.

Sekali lagi gelanggang boling Ole-Ole Super Bowl Seremban 2 telah menyaksikan kemenangan Rumitthira,   dengan jatuhan pin sebanyak 319 beliau telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori Perempuan Individu
di dalam kejohanan ini. Tahniah dan syabas diucapkan, selayaknya Rumitthira dinobatkan sebagai Ratu Boling PPKI Mambau. 
Memandangkan tahun ini merupakan tahun akhir persekolahan bagi Rumitthira, gusar juga memikirkan siapakah yang bakal menggantikan tempat Rumi tahun depan.

Bagi kategori Lelaki Individu, Zul Aizat kurang bernasib baik pada kali ini
namun tetap memberi saingan sengit kepada pihak lawan.  Harapannya ini dapat dijadikan pengalaman yang berharga untuk memantapkan lagi permainan di masa akan datang.



Sekalung penghargaan  dan ucapan terima kasih untuk anda berdua kerana telah menaikkan dan mengharumkan nama PPKI SMK Mambau.
















No comments:

Post a Comment