Friday 5 July 2019

AGOONOREE KEBANGSAAN TERENGGANU KALI KE-3 TAHUN 2019


Jom berpengakap di pantai timur pula... 

Pada 1 Julai hingga 4 Julai 2019, seramai 3 orang pengakap PPKI SMK Mambau telah menyertai Perkhemahan Pengakap Agoonoree Peringkat Kebangsaan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman. 

Mereka yang terlibat ialah Jethro Chan Jian Zhi, Muhammad Norizwan Bin Ramli dan Rumithiira A/P Veeramany. Turut bersama mengiringi ialah Puan Fazeedatul Azua Binti Rosli. Mereka mewakili kontingen pengakap pendidikan khas Negeri Sembilan yang seramai 72 orang telah bertolak ke Terengganu pada 1 Julai 2019. 

Seawal jam 7.30 pagi, semua peserta telah berkumpul di perkarangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS). Bas telah bertolak pada jam 8.30 pagi. Lebih kurang jam 6.00 petang, barulah  sampai ke kem. 

Seramai 1400 orang pengakap MBK dari seluruh negeri di Malaysia telah terlibat dalam perkhemahan peringkat kebangsaan ini.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang 4 hari 3 malam perkhemahan, antaranya:

- Flying fox, abseiling, memanah,
- tarian, busking, kompang
- lawatan ke pasar payang, Taman Tamadun Islam dan Pusat Sains dan kreativiti Terengganu
- permainan tradisional seperti lastik, kaki hantu, galah panjang, rakit darat dan sumpit
- memasak masakan tradisional seperti keropok lekor, ondeh-ondeh dan jemput pisang
- kemahiran asas kepengakapan seperti permainan pengakap (permainan kim, spider web), masakan 
  rimba, ikatan dan simpulan, isyarat sulit  dan kawad kaki statik.
- melawat pameran PDRM, JBPM, ATM dan galeri pengakap
- aktiviti rekacipta seperti anyam kertas, gubahan botol plastik, origami dan roket kertas

Jelas terpancar keseronokan di sebalik keletihan di wajah masing-masing. Aktiviti yang mengikut tema Back To Nature ini bukan sahaja memberi keseronokan kepada murid-murid tetapi secara tidak langsung memberi pengetahuan dan pengalaman yang sangat berharga.

Setelah selesai majlis penutup pada 4 Julai 2019,  peserta bertolak balik ke Negeri Sembilan jam 1.30 petang dan sampai di JPNS pada jam 11.45 malam.

Walaupun penat berpengakap, tidur yang tidak tentu masa dan ditambah pula dengan perjalanan balik yang memakan masa hampir 10 jam tidak mematahkan semangat anak-anak PPKI kami untuk hadir ke sekolah pada keesokan harinya. Tahniah anak-anak.. 

Anda Hebat!!. 

Terima kasih kepada Puan Fazeedatul  Azua atas kesudian bersama anak-anak ini sepanjang 4 hari 3 malam di kem pengakap.

TAHNIAH SEMUA....




Pengakap PPKI SMK mambau, dari kiri, Muhammad Norizwan, Rumithiira dan Jethro Chan Jian Zhi

















Jethro Chan

Norizwan dan Puan Fazeedatul Azua


Rumithiira


Norizwan


No comments:

Post a Comment