Friday 12 July 2019

32nd SEREMBAN HALF MARATHON 2019


Program peringkat negeri ini berlangsung pada 7 Julai 2019 , Ahad di Precint 1, Forest Height Seremban. 

PPKI SMK Mambau turut tidak ketinggalan menyertai program ini. Tiga orang murid PPKI yang menyertai ialah Jethro Chan Jian Zhi, Rumithiira A/P Veeramany dan Muhammad Daniel Haiqal Bin Hamdan bagi kategori special needs. 

Manakala beberapa orang guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) SMK Mambau turut terlibat sebagai urusetia iaitu Cikgu Che Haslina, Cikgu Nuraisyah, Cikgu Margaret Mary, Cikgu Malini dan Puan Fazeedatul Azua.

Kejohanan ini bermula seawal jam 6.30 pagi dan tamat jam 11.00 pagi.

Hujan yang turun tidak mampu mematahkan semangat anak-anak ini.

Jethro telah berjaya mendapat tempat ke- 8 manakala Rumithiira dan Daniel Haiqal berjaya mendapat qualifier medal.

           TAHNIAH DIUCAPKAN...



Seawal 6.00 pagi di sini...


Rumithiira kuyup dek hujan..


Daniel Haiqal

Jethro yang dah lencun kebasahan...

Tahniahhh Jethro..
 

Guru-guru yang terlibat sebagai urusetia




Barisan urusetia ...


No comments:

Post a Comment