Friday 12 July 2019

PERTANDINGAN KO AKADEMIK PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEREMBAN 2019

Selasa, 18 Jun 2019, Pertandingan ko-akademik telah berlansung dengan jayanya bertempat di SMK Mantin. 

PPKI SMK Mambau cuma mengambil bahagian dalam dua acara dalam pertandingan ini iaitu pertandingan mewarna batik dan nyanyian solo perempuan.

Pertandingan mewarna batik telah diwakili oleh Rumitthira, manakala nyanyian solo diwakili oleh Nurul Farhana dengan membawakan lagu Gadis Dan Bunga serta lagu pilihan Ku Tak Akan Bersuara .

Terima kasih kepada yang tidak terhingga juga kepada semua guru dan ppm kerana bersama-sama memberi idea dan tunjukajar. 
Cikgu Roslan, Cikgu Azlina dan Cikgu Azean membimbing Rumitthira dalam bab mewarna batik. 
Cikgu Malini, Cikgu Shahina, Cikgu Nuraisyah, Cikgu Margie, Cikgu Nantha dan Kak Wa memberi latihan vokal dan seni persembahan kepada Farhana. 
Cikgu Che Haslina, Cikgu Malini sekali lagi serta Kak Fara menjadi makeup artist. 
Tidak dilupakan busana Farhana pada hari tersebut telah mendapat tajaan Cikgu Margaret.

Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada mereka, namun kesungguhan dan kegigihan mereka membuat latihan sebelum pertandingan harus diberi pujian. 
Syabas... kalian berdua adalah juara di hati kami !!






















No comments:

Post a Comment