Rabu, 19 Jun 2019 Hari Koperasi dan Keusahawanan SMK Mambau 2019 telah berjaya dilansungkan hari ini.
Program anjuran Koperasi SMK Mambau ini telah menarik minat pelajar dan guru untuk membuka gerai jualan, tidak terkecuali juga gerai PPKI SMK Mambau.
Diantara objektif utama program ini adalah seperti berikut :-
# Memupuk minat berniaga dan menjadi usahawan kepada pelajar.
# Menjana pendapatan atau dana untuk persatuan bagi menggerakkan aktiviti.
# Menerapkan sikap saling bantu membantu di kalangan pelajar dan guru
# Melatih pelajar berdikari
# Mengamalkan persaingan positif di dalam perniagaan.
Gerai PPKI adalah diantara gerai yang menjadi tumpuan pelanggan kerana menyajikan menu-menu yang menarik dengan harga yang cukup berbaloi.
Diantara sajian yang ditawarkan ialah Nasi Bajet, Mee goreng dan Nasi Lemak Singgit (rm1), Keropok Lekor, Dadih, Buah potong, Air Balang, Popcorn, Popia Cheese Viral dan Aiskrim Malaysia pelbagai perasa.
Melihatkan menu yang cukup gempak ini, tidak hairan lah gerai PPKI telah terpilih sebagai Gerai Paling Happening di akhir program. Syabas kepada semua pelajar, guru dan ppm yang telah bertungkus lumus menjayakannya.
Persiapan tempat giat dijalankan oleh pelajar lelaki.
Barang jualan belum susun, tapi tetap ada masa untuk bergambar.
Ayam berempah tunggu masa untuk digoreng.
Tauke nasi bajet
Gaya seorang usahawan berjaya.
Proses pembungkusan memerlukan ketelitian untuk menjamin kualiti.
Customer puas hati...thumbs up !!
Sambil makan mereka dihiburkan oleh Hafiz, suka berkaraoke budak ni...
Jethro sedang menyahkan toksin dari badannya.
Semoga pengalaman yang diperolehi oleh pelajar sepanjang mengendalikan gerai jualan ini akan membuka minat untuk berniaga dan memantapkan lagi ilmu keusahawanan mereka agar dapat dipraktikkan di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment